10 Produk Dari Althea Korea Yang Wajib Beli
4:41 pmSetiap wanita sentiasa mendambakan kecantikkan. Tak cantik dengan makeup pun, asal kulit sihat sangat bersyukur dah. Alhamdulillah, kulit Ney tak pernah mengalami masalah kulit yang teruk, tapi Ney cuba sedaya upaya menjaga kesihatan kulit dengan produk-produk yang Ney pakai sekarang. Ramai tanya apa skincare routine la, pakai produk apa la, haaaaa kali ni Ney nak share 10 produk dari Althea Korea yang wajib korang ada dalam wish list christmas korang sebab Ney sendiri pakai dan approved dengan keberkesanannya! Sempena Christmas nak dekat ni, atau nak beli hadiah tahun baru untuk makwe ke, boleh la baca senarai 10 produk dari Althea Korea yang menjadi pilihan Ney ni. Ney takde dah wish list lain melainkan jenama yang memang Ney pakai harian sebab kalau dah berkenan tu, memang setia dengan jenama sama je. Kulit pun dah rasa serasi gitu!
1. Althea Real Fresh Skin Detoxer (Rose & Green Tea)
Sebelum memulakan rutin penjagaan muka, Althea Real Fresh Skin Detoxer ni produk pertama Ney akan guna! Kenapa korang wajib beli produk ni? Hah sebab Althea Real Fresh Skin Detoxer ni ialah 2-in-1 wash-off mask and celanser pack yang hanya memerlukan 10 saat je untuk memakainya. Korang cuma perlu sapu di kulit muka korang yang masih kering tu dan biarkan selama 10 saat kejap, macam pakai mask gituh. Lepas tu korang ambil sedikit air, dan mula mengurut muka korang in circular motion sebelum basuh muka korang tu, Mudah dan cepat untuk orang yang selalu busy macam Ney. Takde la cuci muka dan mandi kerbau je pepagi kan? Kulit pun terasa segar dan bersih je.
Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose tu Ney pakai setiap pagi untuk efek muka glowing dan juga bantu untuk balance kan pH level kulit muka Ney. Yang Green Tea pulak Ney pakai waktu malam sebelum tidur, untuk boost skin Ney supaya melalui proses baik pulih secara natural pada waktu malam. Biasanya waktu malam sel kulit muka kita aktif, so detoxer ni membantu untuk kulit muka kita berehat gituhh. Memang wajib beli!
Harga set: RM 77.00
Saiz: 2 x 150 ml
Untuk pembelian: https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set
2. Althea Bare Essentials Contour Cleanser
Contour Cleanser ni sesuai untuk semua jenis kulit dan mengandungi Ice Plant (Sea Marigold) untuk memberi kelembapan yang optimum kepada kulit muka kita, kaya dengan Vitamin C dan anti-oksidan yang tinggi.
Apa yang bestnya Contour Cleanser ni, ia akan membantu untuk membentuk muka kita lebih kepada V-Shape! Wah dah nama pun Contour kan?Sesuai untuk muka kembang macam Ney ni. Tapi masa basuh muka tu kena la buat urutan di muka sikit, hah massage gituh untuk membantu peredaran darah yang sempurna. Dari dagu tolak ke tulang pipi, dan buat urutan dalam bentuk bulatan.
Tekstur Contour Cleanser ni mempunyai micro capsules yang akan membantu sebagai exfoliate, perlahan-lahan akan mencair ke dalam kulit dan menghilangkan sel-sel kulit mati dan segala kekotoran di kulit. Ney selalu rasa kulit Ney segar selepas cuci muka dengan Contour Cleanser ni. Harganya cuma RM 23.00 sahaja untuk 150g Contour Cleanser ni, murah kan? Memang wajib beli! Calit sikit dah cukup untuk hilangkan kotoran. Sebulan pun tak habis lagi. HAHA!
Harga: RM23.00
Saiz: 150g
Untuk pembelian: https://my.althea.kr/contour-cleanser
3. Althea Bare Essentials Primer Water
Hah produk kedua ni Ney selalu rasa ada unsur magik Harry Potter gitu. Sebab lepas cuci muka, Ney prep muka Ney dengan produk ni terus rasa lebih super lembap je kulit muka. Lepas cuci muka, pasti kulit muka kita kena tepek toner kan? Primer Water ni kiranya macam toner la tapi dia 2 in 1 gituh, Primer dan Toner. Mudah kerja bila dah sekaligus sebotol macam ni. Dihasilkan dengan kandungan Snow Lotus, Primer Water ini juga lengkap denggan teknologi 'dewdrop' yang dipatenkan untuk bantu proses penghidratan untuk menembusi lapisan kulit, seterusnya memancarkannya untuk kulit kelihatan lebih muda. Jangan pelik la kalau orang ingat Ney baru 20 tahun padahal dah nak masuk 31 tahun dah ni. Cantik luar dan dalam lepas pakai Primer Water ni hah.
Cuma perlu tuangkan sedikit di atas tapak tangan, sapu secara rata di kulit muka dan tepuk-tepuk perlahan untuk lebih meresap. Memang ternyata cepat meresap, bau sedap, tidak berminyak atau terlalu cair, dan kulit semakin lembut bila pakai. Harganya cuma RM43.00 sahaja, untuk 200ml Primer Water. 200ml tu banyak tau untuk sebulan pun sebab korang bukan nak kena tuang banyak macam nak mandi pun kan? Oh ye, lagi satu bila Ney prep muka dengan Primer Water ni, mekap lebih tahan lama. Tak percaya? Cubalah!
Harga: RM43.00
Saiz: 200ml
Untuk pembelian: https://my.althea.kr/primer-water
4. Althea Bare Essentials Fixer Cream
Dah detox muka dengan Contour Cleanser, lepas tu prep muka sampai jadi selembut sutera mesti lah rasa tak lengkap kalau tak guna Fixer Cream ni. Seeloknya guna satu set untuk kesan yang lebih optimum orang cakap. Fixer Cream ini akan membantu untuk melembapkan lagi kulit muka korang selama 24 jam, dan memberi khasiat tambahan anti-oksida dari ekstrak the hijau. Kandungan lain seperti ekstrak baobab tree juga akan membantu untuk kolagen dalam kulit kita lebih produktif bekerja. Mudah je guna, korang cuma perlu calit sikit di beberapa bahagian muka dan sapu secara rata di kulit muka selepas menggunakan Primer Water. Ney suka cream yang tidak melekit dan mudah meresap macam ni. Memang wajib pakai setiap hari!
Harga: RM 50.00
Saiz: 50g
Untuk pembelian: https://my.althea.kr/fixer-cream
5. Althea Petal Velvet Sunaway
Dengan duduk di Malaysia yang panas terik ni, produk ni lah paling penting untuk korang wajib ada sentiasa. Setiap hari lepas prep muka dengan toner and moisturizer, Ney akan sapu Petal Velvet Sunaway ni untuk melindungi kulit Ney dari cahaya matahari dan terus sunburn. Ney suka Petal Velvet Sunaway ni sebab dia tak melekit, terasa ringan dan meresap terus dalam kulit.
Yang penting kulit terasa lembab dan lembut je bila sapu kat muka. Bau pun wangi semacam bau bunga ros. Sunscreen salah satu produk wajib korang pakai sebelum keluar rumah tau? Nak ke muka banyak jeragat tumbuh, kering sentiasa, kelihatan gelap dan tidak sekata kulit? Lebih membimbangkan jika kena kanser kulit di masa hadapan. Siapa tahu kan? Dalam botol packaging saiz 55ml, Petal Velvet Sunaway ni memang mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Harga: RM 55.00
Saiz: 55 ml
Untuk pembelian: https://my.althea.kr/petal-velvet-sunaway
Jangan tak percaya, lelaki juga memerlukan penjagaan kulit muka yang serius. Dulu, suami ney tak pernah jaga secara betul kulit muka nya. Mula la terasa wajah tu kusam, pori besar dan berminyak. Bila isterinya gila mengamalkan skincare routine sepenuhnya dengan produk ekslusif keluaran Althea, dia pulak semangat jaga muka dengan rangkaian produk Laneige. Kemain taknak kalah kan? Haaaa ini apa yang suami Ney pulak amalkan setiap hari. Selain cleanser kami kongsi je, lain-lain produk pula datangnya dari jenama Laneige.
6. Laneige Clear C Advanced Effector_Ex
Kulit muka kelihatan kusam tidak bermaya? Takpe, itu normal. Untuk keadaan kulit macam suami Ney ni, dia amalkan setiap pagi dan malam rutinnya untuk apply Laneige Clear C Advanced Effector_Ex di wajahnya, sebelum pergi kerja dan sebelum tidur. Kalau Althea Bare Essentials Primer Water tadi magic water untuk Ney, Laneige Clear C Advanced Effector_Ex ni pula magic water untuk suami Ney!
Bila kulit kusam pastinya kita memerlukan sedikit vitamin C untuk menyerlahkan kecantikkan wajah kita. Laneige Clear C Advanced Effector_Ex ni memang best! Mengandungi ekstrak ceri acerola dan acai berry yang memang terkenal dengan superpower antikoksida yang tinggi dan vitamin C yang akan mebantu kulit lebih cerah berseri. Bukan tu je, produk ni dilengkapi dengan teknologi Melacrusher yang bilaman dah bergabung dengan beri tadi terus menghasilkan superpower lebih hebat iaitu 3.5x lebih efektif dari segala kandungan pencerahan wajah. Fuh padu ni!
Walupun Jenis berair gitu, tapi cepat meresap dalam kulit dan tak melekit. Lagi satu suami Ney suka sangat dengan produk ni sebab dia datang sekali pakej dengan facial care dual cotton dari Laneige. Nak pakai pun senang cuma letak atas kapas dan sapu je mengikut urutan yang diajar belakang packaging. Jap, kenapa dual cotton? Hahhhh Ada la fungsinya. One more, di belakang botol ida indicator level estimate dah berapa hari kita guna so kita boleh tahu ada perubahan tak selepas pakai selama 7 hari ke 14 hari ke 21 hari ke haaaaaa. Bagus kan? Berbaloi beli!
Harga: RM 128.00
Saiz:150 ml
Untuk pembelian: https://my.althea.kr/clear-c-advanced-effector-ex
7. Laneige Mini Pore Blurring Tightener
Semua orang ada masalah dengan pori-pori di muka yang terlalu besar atau ketara jelas di wajah. Ye dak? Hah suami Ney pun ada masalah sama so di rumah dia memang pakai Laneige Mini Pore Blurring Tightener ni. Kadang-kadang share jugak sebotol ni berdua haha! Produk ni sebenarnya adalah sejenis serum untuk mengekalkan kulit muka kita agar sentiasa segar sepanjang hari. Produk ni memang sangat membantu untuk mengawal pengeluaran sebum berlebihan di muka kita dan juga sekaligus mengecilkan liang pori-pori di muka. Suami Ney setiap pagi memang wajib pakai ni di muka dia sebelum pergi kerja. Cuma perlu pump sedikit je sebelum dap dab dab di kawasan yang dipercayai bakal memproses sebum atau minyak berlebihan haha. Ye la bila dah terasa segar kulit muka, nak bekerja pun lebih semnagat. Apatah lagi bila kena berdepan jumpa client kan? Terasa lebih berseri dan bersinar je muka. Korang wajib ada produk ni tau!
Harga: RM 90.00
Saiz: 40 ml
Untuk pembelian: https://my.althea.kr/mini-pore-blurring-tightener
8. Laneige Water Sleeping Mask
Sebelum tidur, jatuh hukum wajib kami sapu Laneige Water Sleeping Mask ke kulit muka masing-masing. Kenapa? Haaaa sebab bangun pagi-pagi nak cantik terus! Barulah boss puji memuji "licinnya kulit hari ni, pakai mekap ke?" padahal tak tepek apa langsung kat muka!
Laneige Water Sleeping Mask ni memang produk paling Ney rekomen kat korang untuk wajib beli. Seluruh dunia laku keras produk ni. Takpe, kat Althea banyak lagi tu jual. Haha! Sesuai digunakan sebelum kita tidur sebab produk ni membantu baik pulih kondisi dalaman kulit muka dan lebih melembapkan lagi tekstur kulit muka kita. Lagi awesome, produk ni ada beberapa teknologi hebat dalam penghasilan sejenis sleeping mask paling padu abad ini iaitu SLEEP-TOX™ yang bertindak untuk purify kulit kita ketika tidur dan kekal dalam keadaan paling optimum. Lepas tu ada pulak teknologi MOISTURE WRAP™ yang mengekalkan kelembapan kulit muka kita sepanjang malam dan paling Ney suka sebab produk ni ada SLEEPSCENT™ yang membantu untuk korang relax je tidur lena sepanjang malam. Dah la siap ada mengandungi skin soothing agent yang yang sangat lembut untuk kulit yang sedang tidur, dan membantu untuk recover semalam. Sebab tu Ney kata produk ni memang terbaik! Bila kita dapat tidur yang berkualiti, InsyaAllah kulit pun sihat.
Harga: RM 77.00
Saiz: 70 ml
Untuk pembelian: https://my.althea.kr/water-sleeping-mask
9. Althea Petal Velvet Powder (Pink Lavender)
Ney jarang keluar rumah dengan mekap tebal unless, bila ada function. Hari biasa pergi kerja, atau keluar kejap tu Ney sapu rutin-rutin harian diatas dan kemudian diakhiri dengan tepek sedikit bedak Alteha Petal Velvet ni. Paling Ney suka tentunya yang Limited Edition Pink Lavender tu. Tak terlalu berat sangat, bedak ni membantu untuk nampak muka Ney semenggah lah sikit berbedak dari orang ingat Ney ni bibik pulak kang bila ke pasaraya.
Mengandungi pigment bewarna merah jambu dan ungu, bedak ni memang membantu korang yang berwajah kusam tak bermaya tu terus kelihatan segar berseri dan ceria! Dah la wangi, lepas tu mampu mengawal minyak berlebihan keluar dari kulit muka korang. Takde lah orang kata nanti kulit muka berminyak macam boleh masak telur goreng ye dak?
Harga: RM 17.00
Saiz: 3 g
Untuk pembelian: https://my.althea.kr/petal-velvet-powder-pink-lavender
10. Nature Republic Aloe Vera Soothing Gel Mist
Cuma satu perkatan...menyegarkan! Macam Ney cakap kat atas tadi, Malaysia ni panas. Kalau travel keluar Malaysia ke, atau duduk dalam Malaysia ke, Nature Republic Aloe Vera Soothing Gel Mist ni antara benda wajib Ney bawa ke mana sahaja. Sebab apa? Sebab mist ni mengekalkan hidrasi kulit, melembabkan, bila sembur rasa soothing je, dan sejuk! Hah memang seronok la kulit kita ni bila disembur dengan mist ni. Kalau tak, mesti terasa kering je tak best kan? Selain untuk menyegarkan kulit, Ney suggest sembur ni untuk setting makeup pun bagus. Kalau sunburn dan pedih kulit pun Ney spray mist ni untuk cool down kulit Ney yang terbakar teruk tu. Dah, lepas ni tak payah nak potong daun lidah buaya mak tanam kat belakang rumah tu, beli je spray ni kan mudah?
Harga: RM 16.00
Saiz: 150 ml
Untuk pembelian: https://my.althea.kr/aloe-vera-92-soothing-gel-mist
Inilah senarai 10 jenis produk dari Althea Korea yang wajib ada dalam Christmas Wish List korang, yang Ney rekomen sebab Ney sendiri menggunakannya setiap hari, Tapi, lain orang lain hasilnya. Sebelum beli tu baca dulu segala penerangan sesuai ke tak dengan kulit muka kita dan sebagainya. Dan sebenarnya banyak lagi produk yang best tapi tu lah kalau nak rambang mata boleh la terus ke website Althea Korea di: www.althea.kr . Kulit sihat, kita pun ceria!

0 comments
drop your comment here!