Lugar De La Boda - Dewan Perkahwinan Bertemakan Garden Wedding di Puchong
8:19 pm
Bila korang tengok Elfira Loy kahwin baru ni ala-ala garden wedding gituh, mesti korang juga impikan benda yang sama kan? Ala-ala sang puteri berjalan ke arah pelamin yang dihiasi bunga dalam taman, menanti saat dinikahkan bersama yang tercinta. Hah, untuk yang sekitar Selangor atau KL, tak perlu susah cari taman, tapi wedding hall Puchong bertemakan ala taman di Lugar De La Boda ni pasti dapat memenuhi impuan korang!
Trend zaman sekarang, semakin yang buat majlis perkahwinan bertemakan pelbagai tema aneh-aneh dan di luar norma biasa orang buat kenduri. Ye lah, semua orang nak kelainan dan jauh dari tipikal orang Melayu punya kenduri gituh. Ney sendiri bernikah di tepi pantai, dan majlis resepsi di taman tepi laut. Kahwin bukan selalu, mesti lah kita nak yang terbaik boleh kita ingat sampai bila-bila memori indah itu kan?
Lugar De La Boda di buka secara rasminya pada 5 Januari 2019 yang lalu, dewan perkahwinan di Puchong ini di dekorasi dalamannya seperti di dalam taman yang cantik dan indah. Sesuai untuk dijadikan tempat berlangsungnya majlis perkahwinan, mesti ramai orang teruja nak buat kenduri di sini. Trend kahwin tema taman ni semua start dari Yuna la lepas tu Neyra lepas tu Elfira. Eh? Artis ke tu? Haha! Tak sangka boleh buat garden wedding Puchong kan?
Dikendalikan oleh Hanana Group Sdn Bhd, syarikat sama yang juga menyediakan pakej perkahwinan terbaik termasuk dewan dan katering di Ambassador Putrajaya sebelum ini. Terletak di lokasi yang strategik, Lugar De La Boda bertempat di Persiaran Tasik Prima 4, Lake Vista Puchong mempunyai pelbagai kemudahan yang cukup lengkap. Bila nak pilih lokasi perkahwinan ketika membuat persiapan tu, antara perkara penting yang kita akan fikirkan ialah parking dan kapasiti dewan! Betul tak? Cukup ke parking kalau tetamu datang serentak? Muat ke semua orang dalam satu dewan?
Jangan risau, di Lugar De La Boda ni, kawasan parking cukup luas dan dewan pula muat untuk maksima 500 tetamu dalam satu masa. Dewan perkahwinan atau event space Puchong Lugar De La Boda ini boleh memuatkan sehingga 50 biji meja dan 500 biji kerusi chivari gold. Tapi, untuk tambah khemah lagi di kawasan luar pun boleh ye lah, sebab mana tahu lebih ramai yang datang serentak kan?
Dewan perkahwinan Puchong ini juga lengkap dengan kemudahan tandas lelaki dan tandas perempuan di bahagian belakang dewan dan juga surau lelaki dan perempuan di bahagian tepi dewan. Selain itu, terdapat juga bilik akad nikah untuk para pengantin yang ingin melangsungkan majlis akad nikah disitu. Memang cukup serba serbi pakej lengkap perkahwinan disini.
Makanan yang disajikan juga ada pelbagai pilihan dan dimasak oleh tukang masak professional. Lauk masakan asli Melayu dihidangkan, kuih-muih dan hidangan sampingan juga banyak untuk tetamu, mesti rasa cukup puas hati dengan pilihan yang ada. Orang cakap, kalau lauk mesti kena sedap sebab orang akan ingat kenduri kita sampai bila-bila. Makanan yang disediakan memang sedap semuanya dan dan tetamu pasti pulang dengan perut yang kekenyangan dan perasaan yang gembira.
Ayam Goreng Berempah |
Pajeri Terung |
Kerutuk Daging |
Kambing Bakar |
Kuih Muih |
Apam Balik |
Untuk Pakej Lengkap Perkahwinan Puchong 2019 di Lugar De La Boda, harga pakej yang ditawarkan juga agak menarik dan berbaloi. Harga asal pakej macam ni sebenarnya ialah RM28,000 untuk maksima 1,000 pax, tapi sekarang ada harga promosi sempena pembukaan dan potongan harga sehingga RM5,000! Wah untungnya bakal pengantin semua. Senarai harga pakej per pax selepas diskaun ialah:
1,000 pax - RM23,000
800 pax - RM20,800
700 pax - RM18,000
500 pax - RM16,000
300 pax - RM14,000
Harga di atas ialah pakej lengkap ya! Bukan hanya sewa dewan dan katering makanan sahaja tapi termasuk juga dengan dekorasi macam-macam, MUA, busana pengantin, aksesori, kerusi meja, set meja VIP dan dome, meja makan beradap untuk pengantin, PA System dan Emcee. Wah, nampaknya bakal penganti. tak perlu runsing nak fikir satu-satu dah bila semuanya dah ada dalam satu pakej lengkap macam ni!
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:
Fazlin - 0172345297
Farah - 0166700457
Liana - 0164318434
Hanis - 0166700752
Office - 0166700471
Office - 0166700473
Hanana Group Sdn Bhd
No.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya
Website
0 comments
drop your comment here!