­
Jom Buka @ Nook Selera Indonesia di Aloft KL Sentral - ieyra.com

Jom Buka @ Nook Selera Indonesia di Aloft KL Sentral

9:06 pm


Wah nampaknya Nook, Aloft KL Sentral tahun ni bertemakan Selera Indonesia sepanjang bulan Ramadan. Dah bosan dengan makanan melayu je boleh jugak lah Ney cuba untuk berbuka puasa dengan makanan Indonesia. Back to origin katanya sebab nenek moyang asal usul dari Indonesia juga. Sekali sekala tukar selera kan?



Jom Buka @ Nook Selera Indonesia akan menyediakan lebih daripada 150 hidangan (menu bertukar setiap minggu) untuk hidangan berbuka puasa mulai 7 May hingga 3 Jun dari 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari. 


Antara menu pilihan Ney masa datang preview haritu, Ney suka Kambing Bakar Bumbu yang diperap dengan pelbagai rempah ratus dan dibakar selama 2 jam untuk dapatkan hasil daging yang lembut dan juicy. Fuh memang sedap makan Kambing Bakar Bumbu tu! Antara menu lain tentunya ada Bakso, Ayam Cabe Ijo, Tempeh Goreng Berempah, dan Ikan Bumbu Berempah. Semua menarik. Terasa seperti di Indonesia gituh.





Bila ke ruangan salad dan pembuka selera, Allahu ada Urep Sayur, Rojak Uleg Indonesia, Gado Gado, Pecel Kangkung, dan pelbagai jenis kerupuk. Paling Ney suka semestinya Kerupuk Belinjo. Teringat kecik-kecik dulu selalu tolong arwah Embah buat kerupuk belinjo kat dapur hahaha!


Selain Kambing Bakar Bumbu tadi tu, antara menu lain korang patut cuba ialah Daging Sapi Gongso yang menjadi signature dish untuk Bufet Ramadan kali ini di Nook, Aloft KL Sentral. Daging sapi yang diperap dengan kicap manis Indonesia, cili merah dan campuran rempah ratus Asia, memang istimewa menu ni. Daging tu pulak lepas diperap, direbus pulak di atas api perlahan selama 3 jam untuk mengekalkan rasa dan menghasilkan daging yang lembut. Memang puas hati makan Daging Sapi Gongso ni!





Seleksi sambal dan kari Indonesia pun boleh tahan menarik. Di Nook, korang dapat lah merasa Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi, Sambal Bawang, Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel, Gulai Masak Lemak Nangka, yang enak dimakan bersama Nasi Kebuli, Nasi Sagung Madura dan Nasi Kuning. Tak lah semua makanan Indonesia, ada juga menu hidangan Malaysia yang dihidangkan. Antaranya mestilah menu wajib berbuka puasa seperti bubur lambuk, sup berempah, murtabak, dan satay!





Untuk pencuci mulut pun ada variasi hidangan gabungan Indonesia, Malaysia dan Western. Ada kuih lapis bandung, kolang kaling, bubur sumsum , sago air gula dan kolak ubi, tapai ubi, bubur pulut hitam, brownies coklat, apple crumble pie, puding roti pisang, dan macam-macam lagi. Pilihan air pun banyak seperti air tebu, sirap bandung, air kurma, teh tarik, nescafe tarik, dan kopi hang tuah. 

Baucer Early Bird Ranadan untuk Jom Buka @ Nook Selera Indonesia kini mula dijual sehingga 3 Mei 2019 dengan harga RM105 untuk pembelian 1 - 35 baucer, dan RM95 untuk pembelian 36 baucer ke atas. Baucer hanya sah untuk digunakan dari 7 Mei hingga 3 Jun 2019. Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh terus call 03 2723 1188 atau lawat laman web www.alofkualalumpursentral.com.


Jom Buka! 



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook