­
Hanya RM88 untuk 100 juadah Bufet Ramadan The Everly Hotel Putrajaya - ieyra.com

Hanya RM88 untuk 100 juadah Bufet Ramadan The Everly Hotel Putrajaya

9:58 pm


Salam Ramadhan minggu akhir. Bila dah kira hari je nak sambut raya ni, ramai dah tak sempat dah nak memasak bagai. Ye la sibuk dengan persiapan raya last minute kan? Ada yang banyak habis masa shopping di mall, dari kalut nak balik masak di dapur baik berbuka kat luar kan? Hah, ni Ney nak suggest satu tempat best untuk berbuka puasa. Harga pun agak affordable tau!






Hanya dengan RM88 sahaja, korang boleh menikmati lebih 100 juadah yang dihidangkan. Berkonsepkan tema Citarasa Asli Tradisi Malaya, antara juadah yang Ney makan baru ni ialah Daging Kerutup, Rendang Ayam dan Gulai Kambing yang dihidangkan di dalam kawah besar. Dihidangkan juga bersama lemang, ketupat dan serunding yang melengkapkan hidangan seperti juadah hari raya.



Ney sebenarnya dah datang sekali makan haritu, tapi Ney datang lagi sekali ke The Everly Hotel Putrajaya ni sebab makanan dia semua sedap belaka. Salah satu kegemaran Ney, shawarma ayam. Aduhai sedapnya sos mayonis bawang putih dalam shawarma tu. Memang secukup rasa tak pernah Ney rasa shawarma sesedap ini kalau makan kat hotel. Shawarmanya persis shawarma di restoran Arab di luar sana tau!

Satu lagi, kambing panggang! Lembut, juicy, cukup rasa rempah ratus yang diperap tembus ke dagingnya, dan sos blackpepper yang pekat. Lagi satu mashed potatoes dia memang lembut dan sedap untuk diratah begitu sahaja. Ni antara juadah faveret Ney setiap tahun. Tak pernah berubah rasanya.






Di bahagian bakar-bakar pula ada pelbagai jenis seafood untuk di bakar seperti ikan, udang, dan sotong. Lepas th masuk pulak bahagian rebus kerang, lala, kepah, siput dan sebagainya. Sedapnya cicah air asam kan? Satay ayam dan daging pun ada disediakan dan dan bahagian kukus pula ada dimsum dan pau! Semua faveret jugak ni last-last makan lupa diet.






Oh ya, bila korang melangkah masuk ke hotel ni, di ruangan lobi pun ada section pemanis mulut. Punya banyak makanan sampai tak cukup ruang dalam restoran mereka. Hidang pulak makanan sampi ke lobi hotel. Masa ni korang dah start bau yang enak je lebih-lebih lagi waffle dan apam balik crispy. Apam balik tu dah sejuk pun tetap crispy tau! Dalam dia tabur pulak dengan jagung manis dan nestum. Aduhai sedap tak terkata. Buah-buahan juga manis terutamanya jambu air madu dan aiskrim juga disediakan dengan pelbagai topping.

Korang yang disekitar Putrajaya dan sekitarnya wajib cuma makan Bufet Ramadan The Everly Hotel Putrajaya ni. Berbaloi-baloi dengan harga RM88 dapat semua ni tau!

UNTUK TEMPAHAN:




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook