Resepi: Puding Roti Air Fryer & Sos Kastard
4:22 am
Bulan puasa ni semua benda kena pantas. Masak, mandi, bersiap itu ini. Lepas tu korang tak geram ke beli kuih muih kat Bazar Ramadan sekarang ni MasyaAllah mahal ya rabbi. Mahal tapi sedap takpe, ni tak sedap pulak. Apa kata kita buat sendiri je? Hah, kali ni Ney nak ajar buat Puding Roti bakar guna air fryer je!
Selalu orang cakap air fryer tu untuk goreng tanpa minyak la apa. Ney pulak selalu baking guna air fryer. Pernah buat muffin, cookies, kali ni Ney buat puding roti pulak. Bahan-bahannya:
Bahan A
3 cawan fresh milk
2 biji telur
2 sudu besar marjerin
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila
Bahan B
10 keping roti
Kismis
Kepingan badam
Bahan C
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air masak
1 cawan fresh milk
Firstly, korang campurkan semua bahan A dalam mangkuk besar. Pastikan besar betul ye nanti terpercik segala susu tu mak korang marah pulak! Lepas tu korang whisk semua bahan A tu sampai puas hati. Kacau je sekuat hati lepas geram pun takpe haih.
Secondly, korang koyak-koyakkan roti. Kalau rasa tak cukup, korang tambah lah lagi. Lepas tu korang rendam 20 minit, sampai semua roti kembang. Aku asingkan siap dalam loyang kecik saiz muat air fryer. Beli kat Longwan baru RM2 loyang tu. Then tabur kismis & kepingan badam tu.
Lepas tu korang masukkan dalam air fryer, pusing 15 minit dengan suhu 160'C - 200'C. Biar je dia duk dalam tu.
Sementara tunggu puding roti dalam air fryer siap dimasak, korang cari periuk, bukak dapur gas tu. Curahkan semua bahan C dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Sambil tu kacau-kacau tau? Nanti berketul pulak. Rasa dah sebati tu siap lah tu.
Ting! Ting! Ting! Hahhh tu tandanya air fryer dah bagi warning puding roti dah siap. Korang keluarkan Puding Roti, biarkan sejuk sekejap. Lepas tu potong elok, curah sos kastard tadi. Selamat menjamu selera!
0 comments
drop your comment here!