­
TFP Group & Tune Talk akan lancarkan OneCALL - ieyra.com

TFP Group & Tune Talk akan lancarkan OneCALL

11:52 pm


Dunia kini cuma di hujung jari. Apa sahaja yang kita nak lakukan boleh dikatakan hampir semua menggunakan teknologi. Baru-baru ni Ney lawat bandar Kuching di Sarawak, walaupun nak beli air mineral di kedai runcit pun, Ney guna cashless payment. Scan kod QR, dan bayar. Nak lakukan transaksi atau hantar duit untuk orang lain pun guna aplikasi telefon je sekarang. Mudahkan? 



Sebab tu la, baru-baru ni anak syarikat milik penuh TFP Solutions Bhd, MBP Solutions Sdn Bhd telah memeterai perjanjian penjenamaan bersama dengan Tune Talk Sdn Bhd untuk melancarkan produk teknologi kewangan (fintech) mudah alih yang dikenali sebagai OneCALL. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TFP Abdul Latib Tokimin menandatangani perjanjian itu bagi pihak syarikat, manakala Tune Talk diwakili oleh CEOnya Ameen Amaendran. 


Ketua Pegawai Eksekutif TFP Group, Abdul Latib Tokimin, berkata OneCALL disasarkan khusus kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank, termasuklah mereka yang tinggal di luar bandar dan pekerja asing. Teringat makcik cleaner kat office dulu dari Indonesia. Nak beli Pizza online pun dia mintak Ney tolong. Katanya takde online banking waima akaun bank tempatan pun tiada. Baru tahu gaji mereka rupanya dibayar secara tunai oleh majikan.

Tapi jangan terkejut ya, bukan pekerja asing je, tapi rakyat Malaysia sendiri pun ada tau yang masih tiada akaun bank! Lapan peratus daripada 24 juta penduduk dewasa, tidak memiliki akaun bank, manakala sekitar 66 peratus pekerja asing pula tidak mempunyai kemudahan perbankan di Malaysia ni. Dianggarkan terdapat aliran keluar RM20 bilion atau kiriman wang menerusi saluran bukan perbankan setiap tahun. Wah terkejut kan? Banyak tu. 

Buat masa ni, OneCALL sedang menanti kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sekiranya tiada hal yang berbangkit, produk itu akan dilancarkan dalam tempoh tiga minggu akan datang. Dianggarkan kira-kira 40,000 hingga 50,000 pelanggan akan menggunakan OneCALL menjelang akhir tahun ini.


“Daripada perspektif saiz pasaran, terdapat sembilan juta penduduk tinggal di kawasan luar bandar. Kajian kumpulan itu terhadap pekerja asing pula mendapati, ketika ini kira-kira dua juta warga Bangladesh, satu juta warga Indonesia dan 800,000 warga Nepal menetap di Malaysia."

OneCALL juga berhasrat menangani cabaran pasaran dengan menyertakan ciri-ciri unik seperti kiriman wang, mesin juruwang automatik (ATM) maya, nombor pengenalan peribadi (PIN), perkakasan gaya hidup, pembayaran bil, bersama-sama penduduk berpendapatan rendah di negara ini seperti program keusahawanan B40.

Dengan kira-kira 118 kakitangan di Tune Talk ketika ini, penyedia perkhidmatan mudah alih itu berhasrat memanfaatkan perkongsiannya untuk meraih lebih ramai pelanggan di kawasan luar bandar selain pekerja asing yang dijangka akan meningkat sebanyak 100,000 hingga 200,000 pelanggan untuk tahun akan datang. 


Mudahlah HR depa nak bagi gaji pun transfer masuk wallet OneCALL je lepas ni kan? Pekerja pun senang nak topup phone, bayar bill, beli barang guna satu aplikasi yang sama je. Paling memudahkan untuk pekerja asing, Ney rasa mesti fungsi kiriman wang ke luar negara tu. Kot nak hantar duit ke orang tua di kampung ke, depa pakai OneCALL je senang.

Honestly benda ni bagus bukan sahaja untuk pekerja asing, tapi juga rakyat Malaysia yang takde akaun bank. Teringat pulak kawan Ney cerita. Dia niaga Sambal Hitam online lepas tu ada sorang customer ni call bagitahu dia dari Pendang Kedah. Nak beli barang, tapi takde online banking atau account bank pun untuk hantar duit. ATM pun jauh katanya. Bayangkan dia nak pos duit cash? Fuh. Kan bagus ada produk macam OneCALL ni, mudah je segala urusan jual beli. 

Oh ya, siapa pakai Tune Talk? Best kan? Berita baiknya,  pelanggan OneCALL juga akan menikmati perkhidmatan mudah alih Tune Talk seperti perkhidmatan khidmat pesanan ringkas atau pelan data bersama dengan pelbagai manfaat seperti ‘Tune Talk Big Points,’ penebusan penerbangan dan promosi perjalanan dengan AirAsia, program ganjaran daripada rakan kongsinya, selain insurans peribadi.

Dan bayangkan, kalau semua sistem sekolah dan kampus di seluruh negara juga mengamalkan sistem cashless? Barulah maju seiring teknologi yang sedang berkembang pesat ni kan? Tak sabarnya nak tunggu OneCALL ni dilancarkan! 



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook