­
Servis kereta di rumah dengan SERV - ieyra.com

Servis kereta di rumah dengan SERV

8:20 pm



Kali ni Ney nak share sikit tentang penjagaan kesihatan kereta. Ye la sejak kahwin dengan orang jauh ni (Ney orang Pahang, suami orang Kedah), kereta kami sangat bekerja keras untuk pulang ke kampung halaman. Bayangkan la sorang Pantai Timur, sorang lagi Utagha? Jauh perjalanan, kuda tua pun letih. Sebab tulah, penjagaan kesihatan kereta itu penting.


Paling renyah nak pi bengkel ke service centre ke untuk check kereta sebelum jalan jauh. Nak kena tunggu berejam lagi? Yiiihhhh takde masa la. Ye la sibuk duniawi sangat tau! Hahaha. Mujur sekarang dunia di hujung jari dan rupanya ada perkhidmatan servis kereta di rumah sekarang ni! Wahhhh memudahkan sangat ni.


So pun terus Ney download aplikasi SERV di PlayStore dan Ney book tarikh dan masa yang Ney free & available. Cara-cara nak booking pun amat mudah:

Langkah 1 : Muat turun aplikasi SERV

Langkah 2 : Isi segala butiran yang diperlukan

Langkah 3 : Masukkan maklumat kereta korang

Langkah 4 : Klik dekat Home dan pilih nombor plate kereta korang

Langkah 5 : Pilih perkhidmatan yang diingini serta perkhidmatan tambahan yang diperlukan

Langkah 6 : Pilih tarikh dan masa

*Booking perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum. Masa antara 10pagi hingga 10malam

Langkah 7 : Pilih lokasi untuk servis dilakukan

Langkah 8 : Tekan Book dan SERV akan beri Quotation

Langkah 9 : Masukkan promo kod (kalau ada) dan buat pembayaran

Memang mudah je. Semua dihujung jari, klik-klik kat telefon, dah setel. Tunggu je mekanik datang ke rumah! Untuk servis pertama bersama SERV ni Ney pilih Car Health Check dulu yang berharga RM70 je. Sebab lately rasa tak best je waktu nak brake tu. So tak tahu apa yang tak kena entah. Better check dulu kesihatan kereta kan?





Mekanik SERV datang tepat pada masanya di rumah Ney pagi tu. Untuk pemeriksaan kereta, mekanik SERV akan membuat inspection untuk 23 points dan seterusnya memberi advice mengenai condition kereta kita. Segala komen juga akan dimasukkan di dalam aplikasi SERV untuk rujukan kita. Betul instinct Ney, memang ada yang tak kena dengan brake kereta kami.



Dari apps SERV ni korang boleh la check health status dan record selepas service. Health Score kereta kami 98% not bad la kan? Dan dekat apps ni korang boleh check apa yang tak sihat tentang kereta korang ni. Nampak 3 dot kuning di ruangan Brake Pad? Hah, betul lah something wrong dekat brake pad kereta Ney. Boleh baca juga Extra Notes dari pomen kereta: "Brake pad worn. Recommended to change next service".


Masa ni baru tahu apa yang tak kena dengan kereta kita. Kalau tak buat Car Health Check ni sumpah tak tahu kan? Oh ya lepas tu kalau nak servis lain, selain Car Health Check (bermula dari RM70), ada juga Basic Service - Semi Synthetic (bermula dari RM180) atau Premium Service - Fully Synthetic (bermula dari RM260). Korang juga boleh tambah servis-servis lain seperti tukar bateri, spark plug, wiper, gear oil, atau brake pad ke. Hah macam Ney brake pad worn, boleh mintak tambahan servis untuk tukar brake pad juga!  Task semudah nak pam tayar pun boleh upah pomen buatkan kalau korang takde kudrat nak pam sendiri tau! Melainkan ada kerosakan yang kritikal, SERV akan minta terus ke bengkel.


Secara keseluruhan memang puas hati dengan servis yang disediakan oleh SERV. Tak perlu Ney nak cari masa pergi ke workshop atau habiskan berjam-jam menunggu giliran. Harga sangat berbaloi dengan khidmat yang disediakan dan yang penting tiada caj tersembunyi. Jangan tak tahu ya ada certain workshop ketuk kita harga tak masuk akal. Amboi, mentang-mentang kita ni perempuan!

Kalau korang yang tak sempat nak luangkan masa pergi ke bengkel atau service centre untuk check kereta korang, Ney recommend guna khidmat SERV sebab mereka akan servis kereta kita di mana sahaja lokasi yang kita tentukan. Buat masa ni kawasan SERV cover hanya di Lembah Kelang, Putrajaya dan Cyberjaya.

Maklumat lanjut tentang SERV boleh rujuk di:

LAMAN WEB : 

FACEBOOK : 

INSTAGRAM : 


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook