­
Tourism New Zealand menyambut Tahun Baru Maori & kolaborasi bersama Chef James Won - ieyra.com

Tourism New Zealand menyambut Tahun Baru Maori & kolaborasi bersama Chef James Won

7:59 pm


Tourism New Zealand menyambut Matariki, Tahun Baru Maori di Kuala Lumpur, dengan kolaborasi bersama  Chef James Won, dengan konsep unik hidangan jamuan makan tengah hari  gabungan juadah Malaysia dan New Zealand. Jamuan makan tengah hari itu diadakan di restoran Chef James Won, Enfin by James Won, dan menerima lebih 50 industri travel, konsulat dan rakan media termasuklah portal travel Have Halal, Will Travel.






Acara yang diadakan ini sebagai kunci utama untuk membawa semua orang dan komuniti untuk bergabung  bersama dalam dua budaya. Hunter Nottage, Duta New Zealand ke Malaysia berkata, "Ini acara yang bagus sekali untuk menyambut Matariki disini, di Malaysia, yang merupakan negara yang sangat rapat dengan New Zealand dalam persahabatan dan dan memberi sokongan selama ini. Pertalian yang sangat kuat dari segi pendidikan, urus niaga, pelancongan dan sebagainya.




Dari segi pelacongan terutamanya memainkan peranan penting dalam hubungan antara dua negara. 'Makan' dan 'Kai' - bahasa Melayu dan Maori untuk makanan- kedua-duanya sangat penting bagi dua negara sebab Malaysia & New Zealand adalah negara yang pelbagai jenis makanan. Harap hubungan dua negara kekal baik dan berkembang". 

New Zealand memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan dekat di hati sebagai keluarga. Dengan kempen baru 100% Pure Welcome - 100% Pure New Zealand, diharapnya kempen ini dapat menjadi satu pendekatan yang baik untuk bawa nama New Zealand. Semoga rakyat Malaysia lebih mengenali budaya New Zealand, dan lebih ramai akan melawat negara New Zealand. 

Tak sabar rasanya nak ke New Zealand satu hari nanti dan menikmati semua makanan dan dan merasai sendiri pengalaman budaya negara Kiwi ni. 


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook