­
Travel: Apa ada di Kundasang War Memorial? - ieyra.com

Travel: Apa ada di Kundasang War Memorial?

10:03 am


Syukur dan beruntungnya kita hidup di zaman tiada perang di Malaysia yang aman damai sejahtera hendaknya. Bayangkan nenek moyang kita hidup di zaman jajahan British dan Jepun dulu? Perit, luka, darah dan perjuangan yang tiada tolok gantinya.



Dari DESA Cattle Dairy Farm, sempat kami singgah ke Kundasang War Memorial atau Tugu Peringatan Perang Kundasang yang merupakan kawasan taman-taman khas sebagai tanda peringatan kepada tahanan perang Australia dan British yang diseksa, ditembak dan mati kebuluran di ketika ketika Perang Dunia Ke-2. Kebanyakannya terkorban ketika melalui perjalanan maut dari Kundasang ke Ranau. Lawatan ke sini termasuk juga dalam pakej bercuti di Sabah bersama Daeng Travel. 

Harga Tiket & Waktu Operasi

Tiket masuk:
Dewasa - RM3.00
Kanak-kanak - RM2.00

Waktu operasi:
7 pagi - 5.30 petang setiap hari


Taman-Taman Khas di Kundasang War Memorial

Ada 4 taman-taman khas di Kundasang War Memorial ini iaitu Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan Taman Renungan. Ada kolam dan banyak pokok-pokok bunga yang ditanam di taman-taman ni selain tugu-tugu batu yang masih utuh berdiri. Banyak jugak tempat yang instaworthy untuk korang ber-OOTD selain belajar tentang sejarah disini.



Sejarah Tahanan Perang di Kundasang

Ketika Perang Dunia Ke-2, askar Jepun telah menahan ramai askar Australia dan British di Singapura. Kemudiannya tawanan perang ni semua telah dibawa ke Kundasang, Sabah dan ditahan disini. Semua tawanan telah diarahkan untuk membuat lapangan terbang untuk tentera Jepun tapi kawasan tahanan perang ini sangat teruk! Ibarat mental dan fizikal mereka terseksa dengan kejam tanpa bekalan makanan yang mencukupi dan tiada ubat-ubatan dibekalkan sehinggalah mereka mati seorang demi seorang.




Tapi, lapangan terbang yang diorang bina ni musnah kena bom oleh tentera British masa tahun 1945. Jadi tentera Jepun paksa pulak semua tawanan perang berjalanan kaki ke Ranau. Fuh! Punya jauh nak jalan kaki dari Kundasang ke Ranau tu. Tanpa bekalan makanan dan berkaki ayam mereka berjalan kaki merentas hutan belantara, sungai, haiwan-haiwan liar untuk ke Ranau. Tawanan yang lemah, akan terus dibunuh, dirodok pisau dan dipancung kepala!



Bayangkan, kumpulan pertama ada 450 tawanan tiba di Ranau 9 hari kemudian,  tapi cuma 6 orang yang mampu bertahan dan selamat ketika di Ranau sebab masa sampai Ranau tu mereka ditempatkan di kem sempit dan kotor kemudian jatuh sakit. Kumpulan kedua pula ambil masa sebulan berjalanan kaki di hutan untuk sampai ke Ranau! Cuma beberapa orang yang berjaya, dan dan kumpulan terakhir yang terus kan perjalanan ke Ranau semuanya mati terkorban dalam perjalanan kerana terlalu lemah dan sakit.

Tapi yang tinggal di kem perang di Ranau juga mati sebab dimakan daging mereka oleh tentera Jepun, dan cuma ada 6 orang tawanan yang berjaya memlarikan diri dan dibantu oleh orang kampung. Betapa kejamnya tentera Jepun masa tu!


Lokasi Kundasang War Memorial 

Tak jauh untuk ke sini kalau korang dah pun berada di Kundasang, tapi kalau korang sewa kereta dari Kota Kinabalu ke Kundasang makan masa 2 jam. Singgah lah ke sini, bagi menambah rasa syukur kita hidup di zaman bebas perang.


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook