Travel: Pakej Percutian Murah di Sabah
5:54 pm
Kadang-kadang, bila dah selalu travel solo, penat jugak nak uruskan itinerari, fikir hal pengangkutan ketika bercuti lagi dan macam-macam. Maka, kali ni bercuti di Sabah, Ney terus tempah pakej percutian yang ditawarkan oleh Daeng Travel & Tours. Bukan sahaja ada pakej percutian murah di Sabah, pihak Daeng Travel uruskan semuanya untuk kami kali ni. Boleh la rileks santai bercuti kan?
Kali ni trip Sabah kami selama 6 hari 5 malam. Saja spend time lama sikit untuk pusing banyak tempat. Terasa percutian kali ni lebih memudahkan dari segala aspek sebab Ney tak perlu fikir apa, cuma ikut sahaja jadual yang disediakan dan pemandu pelancong kereta sewa akan bawa kami ke destinasi dengan selamat. Ye lah, lokasi semua jauh antara satu sama lain. Kalau ada pemandu dan tour guide ni tak lah susah fikir jalan betul je tak kan? Antara yang pihak Daeng Travel uruskan dan termasuk dalam pakej:
✔️ Tiket flight pergi dan balik
✔️ Itinerari perjalanan dan aktiviti-aktiviti yang nak dilakukan disediakan dengan teratur.
✔️ Pengangkutan yang selesa termasuk pemandu/tour guide.
✔️ Penginapan di hotel
✔️ Tiket untuk masuk tempat-tempat menarik di Sabah
✔️ Makan di restoran yang sedap
6 hari 5 malam kami di Sabah meliputi kawasan Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau, Tenom, Keningau, Bongawan, Tawau, Semporna dan termasuk pulau-pulau berdekatan.
Antara tempat-tempat menarik yang kami lawati di Sabah kali ni ialah:
🔴 DESA Dairy Farm, Kundasang
🔴 H. Benjamin Residence, Kundasang
🔴 Kundasang War Memorial Park
🔴 Bombon Kg Marakau, Ranau
🔴 Ranau Rabbit Farm Kg Kigiok, Ranau
🔴 Kinabalu Park, Ranau
🔴 Jambatan Tamparuli
🔴 Muzium Antanom, Tenom
🔴 Yong Farmstay, Tenom
🔴 Anjung Peranginan Kg Seri Serbang, Bongawan
🔴 Pulau Mari Mari Sepanggar, Kota Kinabalu
🔴 Pasar Filipin, Kota Kinabalu
🔴 Bandar Tawau
🔴 Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan di Semporna
🔴 Pasar Tawau
🔴 Teck Guan Cocoa Village, Tawau
Apa yang bestnya bila ada Tour Guide ni, kita boleh tahu tempat-tempat menarik atau spot bergambar yang mungkin orang lain tak tahu. Lepas tu diorang ni lebih berbakat nak ajar kita macam mana nak pose dan bergambar supaya background nampak perfect. Dah lah tu kamera diorang lagi canggih pulak!
Ney banyak baca pasal Sabah ni dan pilih travel agent terbaik pun hasil rekomendasi kawan Ney, Dhiavivadea. Korang boleh baca macam-macam pasal Sabah dan Pakej Percutian Murah di Sabah di blog www.dhiavivadea.com. Tapi kalau korang jiwa kental nak drive sendiri atas jalan raya Sabah yang penuh cabaran ni apa salahnya, boleh je sewa kereta dengan Daeng Travel, tanpa pemandu. Baru lah mencabar kan!
0 comments
drop your comment here!