Westlife masih relevan selepas 20 tahun
2:44 am
"Hello, My Love!" -- terasa macam ex boipren says hello semula selepas lama tak berjumpa. Last Ney ke concert Westlife, tahun 2011, sebelum mereka berpecah dulu. LAPAN TAHUN WEY! Kian, Nicky, Shane dan Mark masih kacak seperti dulu. Sayang, Brian dah keluar dari Westlife. Tapi, bila diorang muncul di atas pentas malam 8 Ogos yang lepas, Ney masih pandang mereka seperti pertama kali berjumpa. Well....hello, my love!
Ney jadi die hard fans Westlife since 2000. Masa awal kemunculan diorang, zaman sekolah dulu gigih siap buat buku skrap tampal keratan akhbar, kumpul poster lekat kat almari. Siapa sangka selepas 20 tahun, mereka masih lagi relevan dan diterima peminat?
Berpeluang untuk ke konsert Westlife The Twenty Tour malam 8 Ogos yang lalu, Stadium Melawati Shah Alam penuh dengan 7,000 peminat setia. Bukan untuk 1 malam je, tapi 2 malam peminat Malaysia bersama Westlife! Bayangkan masa tiket dibuka untuk jualan bulan April lalu, kurang 48jam je 14,000 keping tiket habis dijual?
Siap ada drama sehari sebelum konsert bermula, ada orang kena charged di mahkamah sebab jadi scammer tiket Westlife. Actually, Ney sendiri pun jadi mangsa jugak salah sorang scammer di Carousell. Dah bankin duit, seller senyap terus. Mujur dapat details dia, cari dan ugut. Dapat la duit semula hahahaha! Teruk betul penangan Westlife ni.
Malam tu memang best, rasa macam masuk dalam memory lane, terimbau kenangan selama 20 tahun Westlife wujud dalam industri ni. Lagu I Have A Dream, If I Let You Go, Uptown Girl, When You're Looking Like That, Unbreakable buat semua peminat terikut sama menari. Lagu rancak sikit nak joget, lagu slow sikit macam You Raise Me Up tu mula la rasa macam nak sedih. Ada jugak lagu-lagu baru Better Man dan Dynamite dari album baru mereka Spectrum.
Westlife tidak pernah mengecewakan. Sumpah, dari konsert mereka yang Ney pergi tahun 2011 tu smpai lah yang baru ni, suara mereka tetap sama. They really can sing, no doubt! Even sebaris dengan Ney haritu ada seorang pakcik makcik dah berumur ni really enjoy the concert malam tu! Terasa macam we live in World in Our Own gituh. We really grown up dengan lagu-lagu Westlife.
Hope to see Westlife again more and more in future. Please, datang lagi!
1 comments
Orang kata yang minat Westlife ni mesti geng-geng tua, and yes Sally tak malu nak mengaku dan tua bersama Westlife! Hehehe
ReplyDeletedrop your comment here!