Monday, September 30, 2019

Rawat Bumi bersama Cyber Eco Hunt 2019


Lama dah rasanya tak menyertai treasure hunt atau acara larian. Baru-baru ni rasa semangat pulak join Cyber Eco Hunt 2019 anjuran Alam Flora Sdn Bhd & DHES Sdn Bhd. Tapi, ni ala ala cari harta karun versi moden dan dalam masa yang menjaga alam sekitar. Nama pun Cyber Eco Hunt kan?


Cyber Eco Hunt 2019 kali ni disertai oleh KOL, Social Media Influencer dan Blogger. Setiap kategori berlainan cara untuk dapatkan markah. Macam Ney dalam kategori Blogger, Ney kena post 7 Instagram Feed Post dan Instagram Stories untuk setiap task yang Ney lalui. Semuanya ada 7 task, dan 4 checkpoint berbeza.


Ney tiba di Wisma DRB-Hicom untuk berkumpul bersama peserta lain seawal jam 7 pagi. Kami diberi bag berisi tshirt putih, buku nota dan pen, nota panduan dan juga topeng muka N95 kerana persekitaran yang masih berjerebu! Good job organizer kerana menitikberattkan juga penjagaan kesihatan para peserta.

Dari waktu sarapan pagi, Ney dah belek siap-siap buku panduan yang diberi. Ney tulis caption berdasarkan panduan yang diberi dan hashtag dalam Notes di telefon. Sebab strategi nak menang, kena sentiasa bersedia dan pantas bertindak. Sampai je checkpoint, siapkan task, ambil gambar terus upload di Instagram. Senang bila dah siap tulis hashtag semua kan? Haha!


Flag-Off pagi itu oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Zain bin Haji Hassan; Chief Executive Officer Alam Flora Sdn Bhd dan Encik Nazar bin Abdul Raof; Head of Company, DHES Sdn Bhd.

Objektif, misi dan visi Cyber Eco Hunt 2019 adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar. Hakikatnya, masih ramai yang diluar sana alpa tentang hal ni dan anggap hal ni cuma remeh temeh. Korang silap, sekecil kecil perkara kita bantu jaga alam sekitar pun, sebenarnya masih besar jasanya dapat bantu semua pihak.

Bayangkan pekerja Alam Flora semakin sibuk saban hari mengutip sampah sarap yang kita buang merata di tepi jalanraya, keluar tingkap kereta, di pasu-pasu bunga jalanan? Apa salahnya jika kita buang di tempat yang sepatutnya iaitu tong sampah? Kalau buang dalam longkang, lepas tu tersumbat siapa susah? Pekerja Alam Flora dan pihak pengurusan DHES susah payah bersihkan, dan kita juga susah sebab longkang dah tersumbat betul tak?



Checkpoint 1: Wisma DRB-Hicom, Shah Alam

Task 1 - Square Footage Calculator

Di checkpoint pertama, tugas pertama kami ialah mengira berapa kaki persegi ukuran jubin lantai yang perlu kami bersihkan dengan floor polisher machine. Disini para peserta diminta untuk scan QR code dan dapatkan nilai setiap segi ukuran jubin lantai. Masa ni kepala kena pantas mengira ya! Kelam kabut la guna pen dan buku yang diberi darab tambah semua. Dah dapat ukuran yang betul, beri jawapan kepada pegawai bertugas untuk catat nama kita pantas ke tidak. Fuh berpeluh jugak bila dah lama tinggalkan dunia matematik.


Lepas dah kira berapa kaki persegi untuk cuci lantai, task mencabar seterusnya ialah kena belajar cara menggunakan floor polisher machine dan ambil gambar atau video untuk tugasan posting di Instagram. Masa ni, semua kelam kabut sampai berpusing 360 darjah mesin tu pun ada! Hahaha pengalaman berharga betul.



Task 2 - Work & Safety & Life of Gardener

Di sini, kami diminta untuk cabut undi nombor dan diberi pilhan untuk memakai safety harness dan mencuba peralatan landskap taman. Safety harness sangat penting ya walaupun korang sekadar untuk memotong rumput di halaman, atau mwmbersihkan daun kering di taman. Untuk tugasan ni, Ney pakai safety vest, sarung tangan dan topi dan Ney dapat peralatan pencakar rumput. Amir pulak dapat peralatan leave blower maka dia kena pakai sarung tangan, topi, penutup telinga, dan safety vest juga. Kasut yang sesuai juga penting ya!

Dekat sini Ney belajar selain utamakan keselamatan tu penting, pemilihan jenis peralatan untuk menyapu daun kering pun penting ya! Contohnya, jika daun kering tersekat di laluan air bumbung rumah, kita boleh jugak pakai pencakar daun/rumout tu untuk kuis-kuis tarik daun. Tapi macam susah sebab kawasan sempit kan? So itulah gunanya blower.

Ney juga belajar rupanya ketika menggunakan blower, kita pakai sarung tangan untuk mengurangkan gegaran di tangan dan jari. Memakai pelindung telinga pula kerana noise level sangat tinggi terdedah kepada pengguna blower. Jika terlalu tinggi juga, ada potensi untuk hilang pendengaran.



Checkpoint 2: Kuala Lumpur

Task 3 - Creative Campaign

Kami tiba di kawasan River of Life, tengah kotaraya Kuala Lumpur. Tugas kami disini, roleplay sebagai wakil agensi, untuk menyiapkan video kreatif untuk kempen kesedaran “Buang Sampah ke dalam Tong Sampah” demi melestarikan alam sekitar. Sambil tu kutip jugak sampah-sarap yang dibuang di tepi jalan, di dalam pasu bunga, di semak samun. Ada tong sampah banyak pun  tak buang di tempat sepatutnya! Geram betul.


Task 4 - Love Food, Hate Waste & Katakan Tidak Kepada Straw Minuman!

Tahukah anda, 15,000 tan dari 30,000 tan sampah yang dikumpul oleh Alam Flora ialah sisa makanan? Secara puratanya juga, keluarga yang mempunyai 4 orang ahli membuang 1KG sisa makanan setiap hari.
Sesuai dengan tagline “Love Food, Hate Waste", tugas kami disini untuk makan tengah hari sambil mempromosikan budaya elak pembaziran makanan dengan membawa bekas makanan sendiri atau Bring Your Own Lunch Container (BYOLC). 

Dengan bawa sendiri bekas makanan juga, dapat mengurangkan kadar sisa makanan secara berkesan. Jangan lupa bawa bekas makanan sendiri, makan sampai licin, cuci bekas makanan dan guna semula bekas tu!


Checkpoint 3: Presint 9, Putrajaya

Task 5 - Minyak Masak Terpakai & 3R on Wheels

Dari Kuala Lumpur, kami bergerak pula ke Putrajaya. Di sini, kami dibahagikan mengikut kumpulan dan diberi nombor rumah keluarga angkat kami di Fasa 7, Presint 9 ni. Tugas kami ialah untuk membantu mak angkat kami menyimpan minyak masak terpakai untuk dijual dan kitar semula. Kami diberi sepaket karipap, bantu goreng karipap tu, selepas tu minyak yang terpakai akan diletakkan di dalam botol.




Kemudian, kami akan bawa sebotol minyak masak terpakai tu ke 3R On Wheels untuk jual dan kitar semula. Minyak masak terpakai  akan dibeli oleh pihak 3R On Wheels dengan harga RM1.10 sekilogram. Teruja Acik Nab, mak angkat kami dapat wang tunai serta mata ganjaran PETRONAS Mesra selepas menjual sebot besar minyak masak terpakai.

Terima kasih Acik Nab, melayan kami ziarah rumah Acik untuk goreng karipap!



Task 6 - Alam Flora Buy Back Centre di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), Putrajaya

Kali ini kami diberi tugasan berkumpulan untuk mencari sampah di kawasan tasik ni. Kami scan QR Code dan bila dah dapat kordinat lokasi sampah, kami guna aplikasi Google Maps untuk mencari. Masa ni terjumpa 5 bungkusan sampah dan terus  kami asingkan dan bawa ke tempat untuk menjual sampahnya.


Lepas timbang dan siap tugasan,  kami masukkan pula semua sampah yang diasingkan ke dalam tong sampah yang dilabel mengikut katergori kertas, tin dan plastik. Di sini korang juga akan menerima wang tunai dan mata ganjaran PETRONAS Mesra.



Checkpoint 4: Integrated Recycle Facilities (IRF), Putrajaya

Task 7- Belajar Proses Kitar Semula di IRF

First time datang ke pusat pemprosesan sampah. Dari sampah yang korang buang di tong sampah tu, semuanya dibawa kesini. Kemudian, sampah yang tidak diasingkan, akan di asingkan mengikut kategori kertas, plastik, tin alumium, botol, dan sebagainya.
Lepas tu dia akan compactkan jadi bentuk kiub, diikat, dan menanti para pembeli dari kilang-kilang besar.



Alhamdulillah, kesemua tujuh tugasan kami berjaya selesaikan. Betul-betul buka minda sepanjang Cyber Eco Hunt 2019 ni dan kami belajar banyak benda baru. Satu inisiatif yang bagus, untuk orang di luar sana lebih cakna tentang menjaga alam sekitar. Bumi makin sakin dan tenat, kalau bukab kita yang rawat bumi, siapa lagi kan?

Dan Alhamdulillah juga, Ney menag Grand Prize untuk kategori Blogger. Terima kasih Alam Flora dan DHES kerana menganjurkan program menarik begini.

Mengenai Alam Flora Sdn Bhd

Ditubuhkan pada tahun 1995, Alam Flora Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat pengurusan alam sekitar terkemuka di Malaysia yang berdedikasi untuk berkhidmat kepada masyarakat untuk menguruskan dan mengurangkan sisa dengan kesan alam sekitar yang minimum. Alam Flora adalah anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Berhad, salah satu syarikat terkemuka di Malaysia yang tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Berhad, memainkan peranan penting dalam menyokong transformasi Malaysia menjadi negara berdaya saing, berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi.

DRB-Hicom adalah konglomerat keusahawanan dengan tiga sektor perniagaan teras, automotif, perkhidmatan; dan harta, aset dan pembinaan. Sebagai salah satu pemegang konsesi terbesar pengurusan sisa pepejal negara dan projek penswastaan ??pembersihan awam, Alam Flora menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa yang komprehensif kepada beberapa kawasan konsesi di kawasan-kawasan tertentu di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan Pahang.



Mengenai DHES Sdn Bhd

Ditubuhkan pada tahun 2013, Syarikat Alam Sekitar DRB-Hicom Sdn Bhd (DHES) adalah anak syarikat milik penuh Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) di bawah kumpulan drb-hicom berhad (salah satu konglomerat utama Malaysia yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia berhad). Bersertifikat dengan ISO 9001: 2008 pada tahun 2015, DHES telah memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelbagai syarikat, kerajaan dan institusi sepanjang tahun.

Bersertifikat dengan ISO 9001: 2008 pada tahun 2015, DHES telah memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelbagai syarikat, kerajaan dan institusi sepanjang tahun. DHES mengkhususkan diri dalam menyediakan perkhidmatan alam sekitar yang komprehensif untuk memperkaya kualiti hidup. Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan kualiti tertinggi perkhidmatan alam sekitar di mana kepuasan pelanggan kami adalah keutamaan kami. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan persekitaran yang kompetitif dan premium termasuk Pengurusan Sisa Pengurusan Bersepadu, Kitar Semula dan Rawatan Buangan, Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur, Pengurusan Kemudahan Aset dan Pengurusan Projek dan Perundingan.

Untuk memastikan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan yang tinggi, kami mempunyai lebih daripada 400 kakitangan yang berpengalaman dan terlatih, yang ditempatkan di seluruh Malaysia. DHES bertujuan mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa.


No comments:

Post a Comment

drop your comment here!