Baru-baru ni, buat kali pertamanya Ney & suami ke Sunway Lost World of Tambun, Ipoh walaupun kampung ayah Ney dekat sini je. Itulah orang kata, yang dekat tu la kita tak pergi melawat. Rupanya best Lost World of Tambun Ipoh ni! Lagi best sebab bulan ni, sempena Halloween diorang ada Pesta Day of The Dead. Fuh, memang tak rugi kami pilih untuk ke sini.
Apa itu Pesta Day of the Dead?
Pesta Day of the Dead adalah pesta yang pertama di Ipoh yang dipenuhi dengan aktiviti- aktiviti menarik sepanjang seluruh bulan Oktober. Day of The Dead ni tradisi Mexico iaitu menghormati mereka yang telah meninggal dunia. Tapi sebagai Muslim, tak lah kita ikut tradisi ni. Kami datang cuma untuk seronok enjoy dengan kawan-kawan yang lain.
Di Mexico, ‘’Day of the Dead’’ (Hari Maut) atau Día de Muertos ialah hari untuk memperingati mereka yang telah meninggal dunia. Perayaan ini dikenali secara antarabangsa untuk kesenian perayaannya, khususnya seni tengkorak. The Lost World Of Tambun telah mengambil ilham daripada perayaan yang terkenal dan nilai estetik ini untuk menjadi tarikan unik di kalangan sambutan-sambutan Halloween di Asia.
Bila Ney dengar ada Pesta Day of The Dead ni, teruja la ajak suami turun Ipoh! Ye lah, sekarang duduk kat Alor Setar, tak la rasa jauh sangat Ipoh tu. Kalau nak turun KL fikir banyak kali hahaha! Kami menginap satu malam di Hotel Lost World of Tambun, dan sementara nak tunggu malam untuk Pesta Day of The Dead, kami lepak pergi layan aktiviti-aktiviti lain di dalam Lost World of Tambun tu dulu.
Aktiviti di Lost World of Tambun
Dah penat berjalan, kami ke Lost World Ipoh Street. Kat sini deretan kedai jual makanan dan minuman berkonsepkan pekan lama Ipoh. Terimbau memori zaman kanak-kanak bila tengok konsep kedai macam ni. Tak cukup dengan tu, sempat juga kami singgah ke Dulang Tea House yang unik, menghidangkan snek dan dan makanan tempatan. Rasa seronok pulak bila order kopi o panas dengan roti mayat keras ketung tu, kami diberi lesung batu j tuk hancurkan roti tu lepas tu makan dengan kelapa parut dan gula merah. Menarik gila! Oh ya, korang kena try juga gulai kari ayam kat sini, memang power!
Dah lewat petang, Ney pulang ke hotel untuk mandi, solat dan bersiap untuk Pesta Day of The Dead malam tu. Sempat Ney ke kaunter melukis muka dengan warna-warna neon. Sebab masa ke Forest of the Dead nanti, ada banyak lampu UV, so muka akan glowing in the dark gituh.
Suasana Yang Menyeronokkan Di Alam Ghaib
Para pengunjung akan dapat menikmati aktitiviti-aktiviti seperti lukisan muka berkilau, membuat patung Voodoo, menilik nasib oleh pembaca kad Tarot, mengambil gambar dengan pelakon-pelakon seram dan juga mendengar muzik pancaragam mariachi.
Para pengunjung juga akan mendapat peluang untuk menyertai rancangan-rancangan yang diadakan khas untuk bulan Oktober seperti ‘’Beauty of the Dead Parade’’, ‘’A Night to Remember’’, ‘’DJ El Loco Party’’, ‘’Touch of the Dead’’ dan juga ‘’Soul of the Fire’’.
Sempena bulan Halloween ni juga, Lost World of Tambun mengadakan Forest of the Dead yang mempamerkan pengalaman daripada hayat hingga maut yang penuh dengan keajaiban. Para pengunjung ‘’Forest of the Dead’’ digalakkan untuk mengambil gambar dan berkongsi pengalaman mereka di Instagram. ‘’Forest of the Dead’’ dibuka pada sepanjang bulan Oktober.
Party of the Dead
‘’Party of the Dead’’ pula ialah sambutan penuh keseronokkan yang akan diadakan pada 31hb Oktober. Lost World of Tambun menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus kepada mereka yang membeli tiket di kaunter dengan memakai kostum. Setiap pakej menawarkan satu tiket ‘’Party of the Dead’’, satu ‘’Blood Bag Drink’’ dan satu ‘’Devil Horn Headband’’.
Jom korang semua ke Lost World of Tambun!
No comments:
Post a Comment
drop your comment here!