­
Beecomb Virtual Food & Beverage Expo 3D Virtual Pertama di Malaysia - ieyra.com

Beecomb Virtual Food & Beverage Expo 3D Virtual Pertama di Malaysia

7:18 pm


Tahun 2020 memang betul-betul beri pelbagai perubahan dalam kehidupan kita. Semua dah norma baru, memang kebanyakkan aktiviti seharian kita berubah konsep dah dengan cara baru. Salah satu nya ialah menghadiri ekspo-ekspo dan pameran secara virtual. Ye la nak berhimpun dalam satu kawasan beramai-ramai tak boleh, semuanya virtual je la. Yang terbaru, Beecomb Virtual Food & Beverage Expo; Expo 3D Virtual Pertama di Malaysia!



Beecomb Sdn Bhd telah memberi solusi terbaik dan inovatif untuk menganjurkan ekspo secara virtual.  Beecomb Virtual Food & Beverage Expo sedang berlangsung sekarang sehingga 31 Ogos 2020, dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Disertai oleh 57 booth, pengunjung boleh masuk secara percuma melalui aplikasi mobile Beecomb. Download app percuma je tau! 




Ney dah jelajah ekspo semalam, banyak juga pilihan makanan dan minuman yang dijual. Barangan murah, ada yang di  bawah harga pasaran & sangat berkualiti. Famous brand pun banyak turut serta dalam ekspo kali ni. Sempat Ney shopping di beberapa booth semalam antaranya  Bake Touch Signature, YHL Trading, Dydo, Glovale, Harmony Hill Eco Farm, Pagoda Food, Hello Kimchi, TinyBitez.co, dan Masks Are A Must. 


   



Wahhh tak sangka menarik juga ya bila kita hadiri ekspo secara virtual. Interface memang mantap & gempak dengan konsep teknologi 3D design, terasa macam betul-betul kita datang ke ekspo fizikal. Tapi, macam main game la kita control guna mobile, dan tanpa batasan boleh hadiri ekspo dimana sahaja kita berada. 




Bagus bila online virtual je ke ekspo macam ni. Tak fikir nak datang ekspo tu bersesak dengan orang ramai, susah cari parking, trafik jem lagi kan? Melalui aplikasi mobile Beecomb, pengunjung boleh menghadiri ekspo, membeli barang, chat dan berinteraksi dengan penjual, dan pelbagai lagi. Transaksi pembelian boleh dilakukan melalui debit atau credit card dan penghantaran barang di seluruh Malaysia. Kecuali makanan beku, penghantaran hanya sekitar Klang Valley.



Tak lupa juga korang berpeluang untuk menang RM300 cash voucher di Beecomb Virtual Food & Beverage Expo tau! Mudah je, cuma perlu download, buat pembelian terus layak untuk join. Cara-cara untuk menyertai:


1. Like page Facebook Beecomb

2. Comment username Beecomb yang telah didaftarkan.

3. Share & Tag 3 orang kawan.



Mudah betul nak menang RM300 cash voucher. Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk membeli sebiji Premium Burnt Cheese Cake hanya dengan harga RM8.31 sahaja (Harga normal RM118), ditaja oleh Bake Touch Signature di Booth A2 untuk menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Jangan terlepas peluang sebab stok sangat terhad!


Apa lagi, jangan lupa cepat-cepat download aplikasi percuma Beecomb seakrang di link ini: https://linkmix.co/680019. Untuk lebih maklumat lanjut tentang ekspo ni boleh terus ke:


Website

www.beecomb.com.my 


Facebook

www.facebook.com/BeecombSdnBhd/ 


 






You Might Also Like

1 comments

  1. Menarik kan apps ni..senang je sekarang nk pergi expo secara virtual je..takyah lah bersesak sesak..paling tidak terlanggar avatar lain je dalam ni haha..jom shopping :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook