Lama tak menulis blog ni sejak busy dengan social media lain. Ney decided untuk menulis ni pun sebab ada masa terluang? Haha! Cafe di Alor Setar, Kedah makin banyak baru buka macam cendawan tumbuh selepas hujan. Sini sana ada kedai baru, tak sempat nak catch-up! So semalam, Kami sempat ke Shahab Perdana, Alor Setar untuk try WARONG.
Sesuai dengan nama nya Warong. Everything is simple je here. Dari menu, sampai la deco kedai. But still selesa untuk menjamu selera. Ney datang dah agak petang, Warong ni lebih meriah untuk sarapan pagi sebenarnya. Antara menu pagi, ada nasi lemak, roti jala sekaya, kuih talam dan macam-macam lagi.
Sebelum datang sini, kawan Ney dah pesan must try here is Warong Buttercream. So apa lagi? Order laaaaa satuu kannn!
Selain Warong Buttercream, Ney order juga roti bakar sekaya. Baru la feel minum petang gitu. Warong Buttercream sangat sedap ya. Rasa rich creamy, coffee, and hint of cinnamon little bit. Lemak lemak manis macam tu. You guys can opt to less sweet by request ya! Patut la best seller. Next time Ney nak try pulak Pandan Dolce Frappe. Macam menarik kan bunyiknya?
Kami try juga food on menu which is Maggie King Kong dan juga Maggie Warong. Maggie King Kong ni macam Indomie letak telur mata on top and ayam goreng. My fav mestilah Maggie Warong sebab daging masak kicap tu sedap sangat! Texture Daging potong kecik, tapi lembut. Menu simple sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.
No comments:
Post a Comment
drop your comment here!