­
Winter Trip ke Turkiye 10 Hari (Part 1) - ieyra.com

Winter Trip ke Turkiye 10 Hari (Part 1)

5:29 am


Lama tak menulis, tapi kali ni Ney nak cerita pasal Trip 10 hari Ney ke Turki atau kini lebih dikenali dengan nama Turkiye bersama husband pada bulan December yang lepas. Panjang kisah trip ke Turkiye ni sebenarnya. Dari mula-mula pintu border dah bukak, sejak bulan May 2022 Ney dengan kawan-kawan plan sebenarnya nak Winter Trip ke Black Sea region of Turkiye. Plan kami nak ke Trabzon, Rize, Ayder dan lain-lain. Contact la travel agent sebab malas fikir banyak.  Tapi nampaknya banyak kali kena tipu je dengan agent yang handle masa tu ahhahaha! 



Maka, bulan August 2022 ada Matta Fair dekat Penang, kami terus booking trip ke Turkiye Klasik untuk tarikh 6-15 December 2022, dengan Terlajak Travel. Masa ni yakin sikit la tengok depa presentation pun convincing kan. Total spent RM4,388 untuk seorang. Turkiye Klasik pun jalan je la memandangkan dah last minute plan. Antara tempat yang kami cover ialah ke Bolu, Ankara, Cappadocia, Konya, Pamukkale, Bursa, dan Istanbul. Berbaloi juga rasa memandangkan pakej ni fullboard termasuk makan 3x sehari. 



 Transit di Abu Dhabi Airport


Day 1: KLIA - Abu Dhabi

Perjalanan kami selama 7 jam dari Kuala Lumpur dengan Etihad Airlines transit dulu di Abu Dhabi masa tu. Ramai memang sedia tahu bahawasanya December tu musim World Cup so banyak flight kena re-time apa semua. Dekat 12 jam juga la Kami transit tapi airport Abu Dhabi meriah! Nak makan memang agak pricey haha! Tapi, sempat juga Ney buat kerja as personal shopper barang-barang merchandise World Cup masa tu.



Makan makan di Jaipur to go

Tips nak makan murah dan berbaloi boleh ke Jaipur to go ni yang terletak di Terminal 1. Ada ruang makan, nasi arab satu portion boleh kongsi 3 orang and price masih affordable. Plain rice AED18, fried rice AED23, Capati 2 pcs AED7. Kami ada juga lepak makan di CNN Traveler tapi secawan hot chocolate pun dah almost RM30, sepotong pizza juga harga sama. 🥹 Tak sedap pula tu. Hahahah! 



Bilik mandi di Terminal 3, berhadapan Gate 35
 di Airport Abu Dhabi


Tips untuk yang layover lama di airport Abu Dhabi, kalau nak cari tempat mandi boleh terus ke Terminal 3, Gate 35. Shower kat situ memang mantap selesa. Ye la kalau transit lama takkan la taknak mandi kan? 



Berehat di kerusi reclining
 


Tips untuk tidur lelap mata berehat menunggu flight boleh ke Terminal 1, bawah "payung besar" ni, berhampiran McDonald's. Memang kat sini banyak kerusi reclining untuk korang baring dan berehat lelap mata seketika. Layover lama takkan taknak tidur kejap sebelum sambung next flight kan?



Dalam Etihad Airlines menuju ke Turkiye


Day  2: Abu Dhabi - Istanbul - Bolu


Pagi subuh tu flight delayed sikit sejam, sempat lagi grab breakfast. Kemudian teruskan perjalanan bersama Etihad Airlines menuju ke Turkiye, yang memakan masa selama 5 jam. Tiba sahaja di Istanbul Airport, agak makan masa juga proses imigresen sebab terlalu ramai pelancong! 



Tiba di Istanbul Airport, Turkiye 


Disebabkan dah banyak masa habis kat situ, kalau nak singgah aktiviti di Istanbul pun dah tak sempat sebab jalan jem teruk dan winter season ni hari siang lebih pendek masanya maka, driver bus terus sahaja bawa kami ke Bolu. Perjalanan makan masa kira-kira 4 jam menaiki bas. Subhanallah, perjalanan ke Bolu dengan pemandangan waktu sunset memang cantik sangat. Masa ni dah start jatuh cinta dengan Turkiye! 




Berhenti makan di Kofteci Yusuf, Bolu

Mungkin faham perut kami semuanya dah berbunyi keroncong campur gurindam, maka tour guide kami bawa makan malam di Kofteci Yusuf, sekitar Bolu. Kofteci Yusuf ni memang popular and banyak cawangan sekitar Turkiye ya! MasyaAllah makanan semua sedap. Terlebih sedap sebab semua ni in pakej yang kami ambil so tak keluar duit pun. Menikmati je la setiap makanan. Dekat sini makan ayam grill dan juga kofte (macam meatball la) bersama salada, fries dan roti. Sempat juga merasa manisan Turki; trilece dan kaymakli ekmek kadayifi. Sedap sangat semuanya! Alhamdulillah. 


Check-in di Highway Otel, Bolu

Di Bolu, kami check-in di Highway Otel, Bolu. Ya, tepi highway haha! Malam pertama di Turkiye ni ibarat transit berehat dulu selepas long journey. Hotel selesa, sangat luas. Memang lengkap lah serba serbi kat sini. 



Shopping di Highway Outlet 

Knowing me, memang Ney tak rehat or tidur awal bila travel. Masa check-in tu baru jam 8 malam. So Ney dengan husband, ajak juga geng baru kenal dalam group tu pergi Highway Outlet sebelah hotel kami. Highway Outlet ni macam GPO, JPO, or Mitsuit Outlet dekat Malaysia tu la. Seronok la shopping sebab semua nya murah! Sempat husband shopping jersey bola Turkiye dan juga kasut Puma. Geram juga la tengok boots and winter jacket pun semua murah tak sampai RM100 patut tak payah shopping kat Malaysia, beli sini je.  Malam tu juga sempat merasa Starbucks Coffee Turkiye sebab murah sangat. Secawan tak sampai RM10 pun ada. Ye la, duit Turkish Lira agak jatuh. Latte pun harga baru 40TL. Murahnya! 


Lepak ngeteh di Yoresel Market 

Another side of Highway Otel juga ada Yoresel Market, Bolu. Ya, betul-betul sebelah hotel. Memang sangat strategic. Market ni dibuka 24jam, ibarat macam R&R sebab ada cafe and restaurant juga kat dalam. Boleh la shopping jajan ke, lapar boleh makan-makan. Groceries pun banyak. Jiwa masih muda untuk tidur awal, malam tu sambung pula lepak makan Gözleme, sejenis roti macam roti naan tapi ada cheese. Makan panas-panas memang sedap la sambil borak dalam cuaca sejuk keluar asap kat mulut! Suhu masa ni memang sejuk. 


Sarapan di Bolu, Turkiye


Day 3: Bolu - Ankara - Kayseri - Cappadocia 

Perjalanan bermula seawal pagi, selepas sarapan di Yoresel Market. MasyaAllah jujurnya, baru sarapan pun tekak tak boleh masuk dah makanan style Turki ni. Tak tahu nak makan macam mana! Semuanya cheese dan roti. Nasib baik la banyak bawak jajan dalam bag dan Yoresel Market pun jual banyak jajan lain. 


Ankara, Turkiye 

Perjalanan menaiki bas jelajah Turkiye ni menarik untuk orang macam Ney yang suka tengok pemandangan. Pagi tu dapatlah tengok sunrise dan awan karpet sepanjang perjalanan. Sampai di kota Ankara, wah betul-betul padat ya pembangunan di Ankara ni! Penuh dengan bangunan.



Di Tuz Gölü, Turkiye 

3 jam 30 minit perjalanan dari Bolu, kami singgah di Tuz Gölü, iaitu tasik garam terbesar disini, tapi disebabkan awal musim sejuk dan juga masa ni baru lepas hujan so garam pun takdelah! Nampak la macam padang besar macam tu je. Dekat sini juga korang boleh shopping kraftangan Turki, atau barangan buatan dari garam seperti sabun, atau kristal. 


Makan tengah hari di Tuz Gölü
 

Di Tuz Gölü juga kami makan tengah hari dulu. Sedapnya ayam Tu tak tahulah apa nama. Tapi memang sedap! Tak habis siap tapau pulak bawak balik hahahaha! Makanan dekat Tuz Gölü ni memang sedap. Tapi jangan lupa bawa sambal atau sos cili dari Malaysia! Dekat sini memang takde lah sos cili. 


Tiba di Erciyes Ski Resort
 

Dari Tuz Gölü kami terus menuju ke Kayseri untuk ke Erciyes Ski Resort. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Sebenarnya masa ni dah risau, takut tak sempat nak sampai sebab jauh. Gunung Erciyes atau juga dikenali sebagai Erciyes Dagi. Gunung Erciyes merupakan gunung tertinggi di Anatolia Tengah, dengan ketinggian puncak 3.346 meter diatas permukaan laut. Kami selamat tiba di Erciyes Ski Resort kira-kira jam 4 petang. Masa ni dekat parking lot pun dah dapat rasa salji manja manja tempias dari atas gunung mungkin. 



Gunung Erciyes, Kayseri, Turkiye

Gunung Erciyes juga selain dilengkapi dengan fasiliti Ski Resort, ada juga cafe dan restoran, servis sewa alat ski, dan cable car untuk menikmati pemandangan indah Gunung Erciyes. Hot chocolate kat cafe depa sedap gila ya! Di sekitar sini juga ada beberapa hotel untuk korang stay kalau tak nak travel jauh. 




Main salji Di Gunung Erciyes
 


Malangnya kami sampai dah lewat sebenarnya. Sebab musim sejuk kan waktu siang pendek, so 4pm tu kira lewat dah. Tak sempat nak naik cable car, main salji kat atas gunung, dan singgah ke masjid atas Gunung Erciyes. Nampaknya kena repeat lagi ni nanti? Eh. Layan je la gambar kami di kaki gunung ni tapi subhanallah dekat bawah pun dah cantik. Pemandangan latar belakang gunung-gunung lain buat gambar macam lukisan! Salji pun lembut sangat semuanya fresh snow yang turun lebat dua tiga hari sebelum tu. Sampai ke lewat petang juga kami berguling situ. 

Check-in di Monark Hotel, Cappadocia

Dari Gunung Erciyes, kami teruskan perjalanan ke Cappadocia kira-kira 2 jam jarak perjalanan. Sampai pun dah malam, terus check-in di Monark Hotel, Cappadocia dan makan malam di hotel. Hotel besar, luas Dan selesa. And again, knowing me yang jenis tak duduk diam, malam tu juga keluar explore apa yang ada sekitar hotel. 

Shopping di Cappadocia, Turkiye 

Monark Hotel ni actually terletak jauh sikit dari bandar Avanos atau Gerome yang popular di Cappadocia. Tapi, banyak sangat kedai local sekitar sini. Ada beberapa pasaraya, kedai karpet, kedai aksesori Jual segala jenis cincin zultanite. Even bawah hotel juga ada kedai souvenier yang harga bukan cekik darah and affordable! Biar jauh sikit dari bandar, tapi harga bukan touristy. Haha! 

Okayh kita sambung next entry sebab Cappadocia ni tidur 3 hari 2 malam, banyak sangat tempat kami lawati! 


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook