KTMB Perkenalkan Railway To See Malaysia - Excursion Train, Edisi Promising Perak
12:48 am
Hujung minggu yang lepas, Ney berkesempatan untuk join media trip ke Ipoh, Perak menaiki Railway To See Malaysia (RTSM) Excursion Train iaitu produk terbaru Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sempena Tahun Melawat Perak 2024.
Inisiatif ini adalah salah satu daripada kempen RTSM yang telah dilancarkan pada Mei tahun ini bertujuan untuk mempromosikan KTMB sebagai penggerak utama kepada industri Rail Tourism di Malaysia dan persediaan awal KTMB untuk merancakkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 akan datang. Boleh kata, ini pengalaman unik dan menarik dapat menarik para pelancong dari dalam dan luar negara, dan salah satu sebab Ney teruja nak naik Excursion Train ni sebab dah lama tau train lokomotif diesel tidak ke utagha!
Tren ini dijadualkan pada 7 September, 5 Oktober, 26 Oktober dan 9 November 2024 untuk perjalanan pada Hari Sabtu (KL Sentral ke Taiping) dan pada 8 September, 6 Oktober, 27 Oktober dan 10 November 2024 untuk perjalanan pada hari Ahad (Taiping ke KL Sentral). Antara stesen perhentian adalah Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping. Tren ini akan berlepas pada jam 8.15 pagi dari Stesen KL Sentral dan akan tiba di Stesen Taiping pada jam 1.23 tengah hari.
Tren ini turut dilengkapi dengan koc Chillax, koc Café selain dari koc tempat duduk yang ditawarkan. Sebanyak 36 tempat duduk untuk koc kelas pertama ditawarkan dengan harga RM74 sehala dan 240 tempat duduk untuk koc kelas kedua ditawarkan dengan harga RM51 sehala untuk tren ini.
Pengalaman menaiki Excursion Train
Tak dapat diungkapkan dengan kata bila melihat pemandangan indah sepanjang perjalanan menuju ke Ipoh. 276 penumpang termasuk media cetak dan digital, pempengaruh, penumpang serta penampilan khas Aizat Amdan selaku penyanyi utama lagu Railway To See Malaysia pun ada bersama meunuju ke destinasi.
Koc tempat duduk sangat selesa dan luas untuk penumpang plus size macam Ney haha! Setiap tempat duduk juga dilengkapi dengan soket plug dan USB port untuk korang cas telefon atau gadget lain. Tempat duduk juga boleh dilaraskan kebelakang atau diatur mengikut arah perjalanan kereta api, hah terus boleh berehat. Ruang kaki juga sangat luas sesuai untuk yang berkaki panjang! Fasiliti tandas juga tersedia untuk penumpang.
Kami semua duduk di dalam Koc Acara, iaitu koc khas untuk event tertentu. Kata pihak KTMB, kalau tempah untuk group tour, corporate tour, family day atau team building juga boleh duduk koc acara. seronok bila satu koc ramai-ramai kan? Siap ada set karaoke dengan pilihan lebih 10,000 koleksi lagu tau! Koc ini muat untuk 36 orang, lengkap dengan kemudahan tandas.
Koc Chillax dipenuhi dengan beanbag, alas tempat duduk di lantai, dan juga TV untuk santai bersama yang lain. Koc ni menang sesuai untuk aktiviti berkumpulan Dan boleh memuatkan 50 orang dalam satu-satu masa. Boleh juga Koc ni didekorasi mengikut konsep atau tema. Sempat juga kami dihiburkan oleh Aizat Amdan dengan beberapa lagu beliau. Memang meriah satu koc macam tengok konsert ya!
Koc Café juga menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman untuk dijual kepada penumpang. Koc ini dilengkapi dengan 8 meja makan, dengan setiap meja makan ada 4 tempat duduk so boleh muat 32 orang dalam satu masa. Juga disediakan tempat makan yang selesa untuk semua. Takde istilah berlapar sepanjang perjalanan nanti.
Terokai Keindahan Ipoh
Tiba di Ipoh, kami teruskan dengan aktiviti selama 2 Hari 1 Malam di sana bersama Tourism Perak. Cadangan itinerari perjalanan untuk 2 hari 1 malam di Ipoh, Perak:
- Tasik Cermin & Kin Loong Valley
- Hard Rock Cafe Ipoh
- Concubine Lane & Jejak Warisan Ipoh
- Lost World Of Tambun Hot Spring & Spa
- Escape Ipoh
Banyak la lagi lokasi menarik boleh korang melawat di Ipoh tapi ini apa yang sempat kami pergi selama 2 hari 1 malam. Paling best dekat Ipoh mestilah makan-makan kan? Boleh spend time on weekend, datang Ipoh naik excursion train, just for jalan-jalan cari makan!
Orang ramai boleh membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), laman sesawang KTMB (https://online.ktmb.com.my) atau mesin kios tiket. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang rasmi www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03 - 9779 1200.
0 comments
drop your comment here!