yeah blog ni memang update setiap kali lepas travel je. punya malas tuan rumah ni. okayh, 31 Januari 2015, saya ke Siem Reap, Cambodia. first destination tahun 2015 ni. tapi agak menangis jugak travel time Ringgit sangat rendah jatuh menjunam. lagi menangis sebab Cambodia pakai USD! gila sedih berat je tangan nak tukar $150. masa ni, rate USD 1 = RM 3.595.
so macam biasa lah saya suka ambil flight pagi buta maka kena lah tido airport. flight to Siem Reap jam 6:50 pagi. so mereput lah saya lepak dalam KLIA2 tu. kebetulan, jumpa si Nabil kawan masa UTP yang nak fly solo ke Incheon, Korea. lepas tu jumpa Lily, kawan masa KPMB yang baru balik dari Bali dan akan terbang ke Penang pagi tu jugak last-last lepak sekali semua. masa ni memang mengantuk gila sebab petang tu kerja. dan terlelap jugak banyak kali kat kerusi Texas Chicken tu. tidur kat airport ni dah macam perkara biasa. haha!
Travel Tips: lepak Texas Chicken sebab ada plug untuk charge laptop, ada kerusi best untuk baring, dan air yang refillable free!
yeah around 4:30am saya check-in kat VIP lane tu. haha! and then print boarding pass, and terus masuk departure hall. time ni breakfast mekdi kejap takut kelaparan pulak kat Siem Reap nanti. masuk flight dapat Premium Seat ofcourse sebab....tiket sponsored! thank you Air Asia! masa atas flight dah eksiated dapat tengok sunrise. yeay! sebab tu suka flight awal pagi.
bertolak dari Kuala Lumpur jam 650 pagi, dan tiba di Siem Reap jam 750 pagi waktu sana. sana lambat sejam. so flight makan masa dalam dua jam juga lah. masa sampai tu rasa sejuk je angin tiup. oh datang bulan januari or febuari memang masih dalam musim sejuk bagi siem reap. cuba korang datang april? suhu boleh cecah sampai 40 darjah celcius wooo. masa ni sampai siem reap baru 20 darjah celcius. sejuk...best! tapi berdebu sikit siem reap ni. jangan lupa pakai mask! masa kat kastam ni ramai kena pow $1 so kalau diorang mintak tak payah layan la. patutnya tak kena bayar pun apa-apa.
keluar dari arrival hall tu terus bergegas beli simkad SMART harga $5, dalam sim card ni internet $3 + call $2. dan sangat murahhhh call malaysia. 4 sen je seminit. call ibu lama pun baru sikit habis credit. then driver dah tunggu masa ni. tuk tuk shuttle free yang hotel saya book sediakan.
Travel Tips: dari airport ke bandar Siem Reap, naik motor $2, naik tuktuk $5. kalau seorang better ambil motor je.
saya sampai di hotel dalam jam 9 pagi. hotel saya menginap ialah Heart of Angkor Hotel. hotel ni ada bilik dorm, atau bilik deluxe katil macam ni. dua malam saya bayar RM100. lokasi betul-betul tengah Night Market and area Pub Street tapi takde pulak bising ke apa okayh je. selesa, bersih, and toilet not bad ada air panas. so segalanya selesa! staff pun bagus, service pun bagus. dan saya boleh checkin awal! dapat katil terus tido. hahahahha ye la unplanned jourey tak fikir nak kemana pun. so tidur dulu.
Travel Tips: nak cari hotel or hostel sini memang banyak. tapi better choose yang dekat Night Market la senang cari makan, tuktuk, shopping dan semua benda.
so lepas bangun tidur dan dah fresh mandi apa semua, terus ke Angkor Art Centre. jalan kaki dekat je dari hotel. kat sini ada banyak jual kain, baju, souvenier apa semua la. masa ni beli Singlet Cambodia yang kawan kirim harga $2 and seluar untuk my baby angkat Muhammad, $2. lepas tu dapat kan jersey team bola mana entah adik kirim, $4. ambil gambar feeling kat sungai, then jalan kat Pub Street versi siang hari.
Travel Tips: bargain sampai pengsan! jersey tu dari harga $25 tau entah camne boleh bargain sampai $4. haha.
kat sini memang takde apa and tak havoc la siang hari. so beli juice je kat tepi jalan lepas tu balik hotel semula. nampak sangat blank tatau buat apa dah. jus tu $1 je secawan. sedap avocado milkshake.
balik hotel tu sebab blur nak buat apa lepas tu nampak pulak iklan ni kat pintu. round city $7? hah boleh lah ajak sesapa join round bandar. so terus mintak tuktuk driver bawak jenjalan bandar Siem Reap. nak pergi Tonle Sap tapi kawan yang kenal kat Siem Reap ni fobia naik sampan boat pulak. hahaha! kang gi sorang kang mahal la.
Destinasi pertama round city ni dia bawak saya ke War Museum. entramce fees: $5. ingat macam War Museum kat Vietnam tu dalam bangunan. rupanya open macam ni. kat sini free guide kalau korang nak. museum ni agak jauh la. area airport dah. banyak kereta kebal, peluru meriam apa semua bekas tinggalan perang diorang.
dalam War museum ni semua free kecuali entrance fees la. tour guide free, nak ambil gambar dengan segala senjata ni pun semua free je. boleh lah feel macam hidup zaman perang sikit. nasib kereta kebal tak boleh panjat kalau tak dah panjat dah macam kat Vietnam dulu!
dari War Museum, tuktuk driver saya bawak jalan-jalan kat city. nama pun city tour. lalu kat korean street jugak. patutlah ramai korean. siap ada jalan dinamakan sempena nama presiden north korea sebab relationship antara dua negara ni. lepas tu tuktuk driver saya bawak saya ke Wat Thmey Killing Field. sini free je masuk. boleh lah selfie dengan tengkorak je semua. haha!
ini kubur sami buddha kat temple Wat Thmey ni rupanya. ingat kan bangunan ke replica apa ke. nama pun sami. diorang memang jaga kehormatan sami ni macam Tuhan dah. biasalah tu.
with my tuktuk driver! wait, saya dah lupa nama dia. haha.
#random photo masa kat Wat Thmey Killing Field. kesian sangat tengok bebudak macam ni . sobs.
lepas tu saya ke sini pulak. Temple Garden namanya. kat sini ada temple jugak tengah-tengah garden. tapi tu la, petang macam ni diorang sembahyang so jenguk dari jauh je. banyak jugak patung-patung kat taman ni and taman ni cantik jugak untuk beriadah bersama keluarga. gittuuu.
muka berlakon macam focus sangat dalam perjalanan naik tuktuk dan persekitaran yang berdebu teruk.
lepas tu tuktuk driver saya tanya, nak ke tonle sap ke tak tengok sunset. haihhhhh takde teman. susah lah. mahal naik boat. so dia bawak jalan-jalan ke Angkor Village je. kebetulan ada pasar malam. sepanjang perjalanan ni tengok la diorang jual sayur, baju, ala macam pasar malam kita. yang uniknya gerai makan. diorang bentang tikar je semua lepas tu makan ala-ala piknik beramai-ramai.
lepas dah layan sunset sambil naik tuktuk kat village tadi, saya minta tuktuk driver saya bawa area masjid. Naek Mah Mosque. kat sini memang banyak restoran muslim. saya pilih Muslim Family Kitchen. ofcourse order makanan wajib try di cambodia, Lembu Naik Bukit berharga $7.50 dan Vercimilli Salad $3.50. makan dua ni dah cukup dah. sedap gila Lembu Naik Bukit tu. lepas tu order kopi susu $1. sedappppppp. oh ya, selalunya driver akan tunggu kita habis makan tapi sebab saya kesiankan dia, saya suruh dia balik je. takpe, saya boleh balik jalan kaki.
malam tu on the way pulang ke hotel, saya berjalan kaki kat night market area ni. tengok barang je tak beli apa pun. sebab sama je macam barang kat Thailad. sebab dah selalu tengok barang mcm ni semua kat negara lain yang pernah pergi terus lost interest. lagipun saya jimat duit usd mahal. haha! terus balik malam tu and tidur awal sebab esoknya nak pergi Angkor Wat! saya sambung entry seterusnya...
total kemusnahan untuk hari pertama:
hotel: RM100 (dua malam)
simkad: $5
shopping: $9
makan minum: $10 (shared)
war museum: $5
tuktuk city tour: $4 (shared)
total: RM100 + $33
Salam,
ReplyDeleteSaya ada book Heart of Angkor jugak :) Harga berpatutan. Saya nak tanya sikit.. dalam website ada nyatakan free pickup from airport. Dia akan tunggu macam dalam gambar awak tu ke?
Macam mana dia tahu flight kita?
@Faisal Admar,
ReplyDeletesetiap kali saya book hotel biasanya saya terus email untuk confirmation. email diorang: [email protected]
bagitahu flight awak pkul berapa, tarikh, airline mana and dr mana. nnt budak diorg akan tnggu depan arrival dgn nama awak hehehe.
Salam, Masa kt imigresen Siem reap, officer immigration ade tak minta return ticket. Sy ade pelan nk gi sana tapi balik ikut Thailand.
ReplyDeleteSalam, masa kt immigration seim reap, officer tu ade tak minta return ticket sbb sy pn plan nak gi sana tapi balik ikut jalan darat lalui Thailand
ReplyDeleteWslm.. Takde pulak dia mintak return ticket just check passport tp nnt kalau dia pow nak duit cakap je xde xde xde hahaha
DeleteHi! :)
ReplyDeleteI akan ke Siem Reap next month. Boleh tak send iti ke email i? [email protected]
Thanks in advance!
Sorry awak. saya backpacking tak pernah ada susun iti yg proper. semua flow travel ,cost, logistic and attraction place saya visit semua saya tulis dlm ni hehe.
DeleteKe Siem Reap ni pn sbnrnya adhoc aritu. xplan. sampai sana.bru fikir.
Hi..
ReplyDeleteNak tanya ade ke bayar ape2 ke waktu smpai di airpot siem rap?
Hi..
ReplyDeleteNak tanya ade ke bayar ape2 ke waktu smpai di airpot siem rap?
@Shafinaz; takde bayar apa2
ReplyDeleteAwak solo trip ke ni?
ReplyDelete@Hasif; ye solo :)
ReplyDeleteHai. Perjalanan yang menarik, penceritaan pon menarik. Inshaallah akan ke sana mid Fbruari. Boleh send itinenary x?nak dijadikan panduan daripada backpacker kental..hehe. [email protected]. Thanks
ReplyDeleteSorry awak. saya backpacking tak pernah ada susun iti yg proper. semua flow travel ,cost, logistic and attraction place saya visit semua saya tulis dlm ni hehe.
DeleteKe Siem Reap ni pn sbnrnya adhoc aritu. xplan. sampai sana bru fikir.
April ni saya ke sana lagi. awak pergi bila?
Hi salam perkenalan, very nice trip. Planning to go there to. Nak mntk iti bole? [email protected]. Thank youuuu
ReplyDeleteSorry awak. saya backpacking tak pernah ada susun iti yg proper. semua flow travel ,cost, logistic and attraction place saya visit semua saya tulis dlm ni hehe.
DeleteKe Siem Reap ni pn sbnrnya adhoc aritu. xplan. sampai sana.bru fikir.
April ni saya ke sana lagi. awak pergi bila?
HI DEAR. saya try cari nama hotel tu x appear dalam booking.com. camane nk booking erk?
ReplyDeleteagoda ada. hehe
DeleteSelamat datang ke Siem Reap, Cambodia. Saya Mustafa menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada semua pelancong yang datang ke Siem Reap. Kepada semua pelancong tidak kira siapa sahaja. Anda tidak perlu risau kerana saya menyediakan perkhidmatan tuk-tuk dan juga kereta dengan perkhidmatan yang sangat memuaskan. Malah saya juga boleh membantu anda untuk mendapatkan tempat penginapan yang murah juga boleh membawa anda menerokai dan mengembara bumi Siem Reap, Cambodia ini. Boleh hubungi saya di -whatsapp +85570596040
ReplyDelete