Terokai Keindahan Gopeng,Perak bersama Murni Camp

6:28 am

 


Gopeng sentiasa di hati Ney sejak dulu. Membesar dengan suasana kampung Ayah di Kampar, sambung pula belajar di Tronoh, pekan Gopeng ni selalu la jadi persinggahan sejak dulu. Ingat lagi, bila lalu je Gopeng selalu teruja tengok bukit-bukit batu kapur di sini. Dulu kecik-kecik berangan macam hutan di alam fantasi la masuk Gopeng ni. Punya lah cantik nature di sini. 






Baru-baru ni Ney kembali ke Gopeng untuk bercuti, dan kali ni Ney pilih Murni Camp yang terletak di Kampung Jahang, Gopeng. Menginap di Chalet Murni Camp, memang luar rumahnya. Sesuai je kalau nak datang berdua macam kitorang ni. Ada ruang solat yg selesa, katil yg besar, ruang tamu lengkap dengan TV, meja, bilik air pun besar. Memang berbaloi la nak healing kat sini.  





Murni Camp ni ada banyak sangat fasiliti & jenis-jenis bilik yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian bilangan pelanggan -- 3pax, 6pax, 8pax, 10pax atau 12pax. Antaranya ialah chalet, family dorm, rumah orang asli, homestay bermula dengan harga RM210 semalam, hingga RM550 semalam. Terpulang korang berapa ramai, nak buat family day atau team building pun sesuai kat sini!


Suka berkhemah? Hah, ada juga tapak perkhemahan disediakan, tak kisah la korang bawak khemah, atau motorhome dan campervan. Sewa tapak bermula dari harga RM70 hingga RM145 satu malam, bergantung jenis dan saiz keluasan tapak khemah. Harga ni dah termasuk bayaran masuk, power supply, parking, tandas awam  dan water dispenser. Kalau tak bawak khemah pun takpe, ada khidmat sewa khemah juga siap ada sleeping bags!



Sekadar nak datang healing kejap pun boleh piknik di Murni Camp ni, cuma RM7 per pax boleh walk-in bila-bila masa dari jam 9 pagi hingga 6 petang.  Kalau nak special booking exclusive untuk korang je berpiknik, hah kena minimum 20 orang tau tapi bergantung kepada availability. 



Ney suka tempat ni luas, besar dan tenang berhampiran Sungai Kampar. In house facilities pun banyak contohnya percuma untuk kegunaan, ada surau & water dispenser. Kalau datang ramai-ramai nak sewa open hall pun ada, indoor hall with aircond juga ada. Transit transport, kitchen, BBQ hut, dan audio facilities semua tersedia!



Aktiviti-aktiviti di sekitar Gopeng juga ada Murni Camp sediakan. Contohnya aktiviti air seperti water rafting, water abseiling atau river tubing. Untuk yang nak explore nature pula ada aktiviti night trekking, hiking Batu Putih, jungle trekking, atau caving di Gua Tempurung atau Gua Kandu. Aktiviti yang lebih santai pula ada ATV dan flying fox! 




Untuk staycation haritu Ney stay dekat Murni Camp ni, Ney ambil pakej je senang. Lebih mudah sebab tak payah fikir dah nak makan apa, nak buat aktiviti apa. Ney sempat join aktiviti ATV & Caving Gua Tempurung Level 3. Memang seronok! Antara package yang ada: 

Pakej 2 Hari 1 Malam 

Light Package RM150 / pax    

✔️ Accomodations + 3 x meals + 2 x Outdoor Activities + Free use open hall & Free transportation untuk transit. 

✔️Activity:
Day 1: Flying Fox /Gua Tempurung Level 2 - 
Day 2: River tubing / hiking Batu Putih - 



Medium Package RM240 / pax 

✔️ Accomodations + 3 x meals + 2 x Outdoor Activities + Free use open hall & Free transportation untuk transit. 

✔️ Activity:
Day 1: White water rafting / waterfall abseiling
Day 2: Gua Tempurung level 3 / hiking Batu Putih



Extreme Package RM398 /pax 

 ✔️ Accomodations + 3 x meals + 3 x Outdoor Activities + Free use open hall & Free transportation untuk transit.

✔️Activity:
Day 1: ATV dan Gua Tempurung Level 3
Day 2: White water rafting / waterfall abseiling 



Pakej 3 Hari 2 Malam

Enjoy Package RM280 / pax    

✔️ Accomodations + 6 x meals + 3 x Outdoor Activities + Free use open hall & Free transportation untuk transit.

✔️Activity:
Day 1: Flying Fox / hiking Batu Putih
Day 2: Gua Tempurung level 3
Day 3: River tubing


Fun Package RM360 / pax    

✔️ Accomodations + 6 x meals + 3 x Outdoor Activities + Free use open hall & Free transportation untuk transit.

✔️Activity:
Day 1: Flying Fox / hiking Batu Putih
Day 2: Gua Kandu / Gua Tempurung level 3 
Day 3: white water rafting / waterfall abseiling



Really Fun Package RM500 / pax

 ✔️ Accomodations + 6 x meals + 4 x Outdoor Activities  + Free use open hall & Free transportation untuk transit.

✔️Activity:
Day 1: Flying Fox / hiking Batu Putih
Day 2: Gua Kandu & ATV
Day 3: white water rafting / waterfall abseiling 


Seronok buat pelbagai aktiviti outdoor sekitar Gopeng bersama Murni Camp. First time juga la naik ATV round kampung lihat keindahan alam. Dalam Gua Tempurung pulak caving sampai basah lenjun! Balik buat aktiviti, pihak Murni Camp sentiasa dah ready sediakan makanan. Alhamdulillah, semua sedap belaka lauk-lauk kampung dan kuih kuih yang disediakan. Kalau ambik pakej makan sekali ni senang kan? Tak perlu fikir nak makan apa ke keluar semula ke pekan ke. Dah ready semua! 

Kalau korang nak menginap di Murni Camp Gopeng ni memang Ney rekomen sangat lah! Boleh bawak family, kawan-kawan atau buat team building kat sini tau!

Facebook Murni Camp:

Nombor untuk dihubungi:
012-5105649



 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook